Page 9 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 9
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
3.1 Seluar ketat, seluar jeans, seluar kargo, seluar terlalu longgar atau dibawah paras
pinggang atau terlondeh, seluar berkaki lebar, seluar berfesyen, seluar poket tampal
dan seluar berplit melebihi 4 (2 kiri 2 kanan) termasuk pakaian yang diperbuat
daripada denim.
3.2 Pakaian bermotif ganas, lucah, tahyul, politik dan berimej negatif
3.3 Kemeja-T yang tidak berkolar
3.4 Pakaian sukan atau senaman diluar waktu senaman, sukan dan aktiviti kokurikulum.
3.5 Baju dan seluar yang mencolok mata seperti berseluar pendek, pakaian terlalu jarang
atau ketat dan mengikut susuk tubuh
3.6 Baju lengan pendek bagi pelajar perempuan Islam
3.7 Rantai leher, rantai/gelang tangan, berkuku panjang atau kuku bercat, subang anting-
anting, cincin, bertatu atau barang-barang kemas/perhiasan yang seumpamanya
sama ada emas atau sebarang jenis seumpamanya.
3.8 Tali pinggang berkepala besar melebihi 3 cm dan berfesyen.
3.9 Kasut putih, kasut berfesyen, kasut berwarna-warni, sandal, selipar atau terompah
3.10 Stokin hitam bercorak atau berlogo, stokin hitam tidak mencapai setengah betis dan
stokin berwarna selain hitam
3.11 Mewarnakan rambut dan kuku serta berinai.
3.12 Bersolek (memakai gincu, pelembap bibir berwarna pemerah pipi, celak, pembayang
mata, mascara, kanta lekap berwarna, minyak rambut berwarna).
3.13 Topi / kopiah yang berwarna warni atau memakai serban.
4. RAMBUT
4.1 Rambut pelajar lelaki
4.1.1 Semua pelajar lelaki mestilah berambut pendek dan kemas seperti yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan.
4.1.2 Menyimpan jambang, janggut dan misai TIDAK dibenarkan. Pelajar DVM hanya
dibenarkan berjanggut dan misai dengan kemas.
4.1.3 Berambut panjang TIDAK dibenarkan. Rambut panjang bermaksud:
4.1.3.1 Di hadapan - rambut menutup garis tengah dahi
4.1.3.2 Di belakang - rambut melebihi kedua-dua cuping telinga
4.1.3.3 Di atas - rambut melebihi 10 mm
4.1.3.4 Di sisi - rambut melebihi kedua-dua anak telinga
9