Page 7 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 7

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


                         kawasan kolej.
               2.  ETIKA PEMAKAIAN (PAKAIAN RASMI /PAKAIAN SERAGAM)

                   2.1  Pelajar  hanya  dibenarkan  memakai  pakaian  rasmi  kolej  sepanjang  masa  dikawasan  kolej.
                        Tindakan Disiplin akan dikenakan bagi pelajar yang ingkar mematuhi etika pemakaian yang
                        telah ditetapkan.

                   2.2  Penetapan pakaian rasmi kolej adalah seperti berikut:
                        2.2.1  Hari Isnin dan Khamis baju korporat rasmi kolej (SVM oren/ DVM maroon)

                        2.2.2  Hari  Selasa  pakaian  khusus  mengikut  bidang  pengajian  (tertakluk  kelulusan
                               Pengurusan KV) atau baju korporat rasmi kolej

                        2.2.3  Hari Rabu kemeja-T rasmi kolej (SVM maroon/ DVM kelabu) atau pakaian Badan Unit
                               Beruniform bagi pelajar SVM

                        2.2.4  Hari Jumaat kemeja-T rasmi kolej

                        2.2.5  Pelajar digalakkan memakai kemeja-T seperti baju kemeja-T rumah sukan kolej dan
                               berseluar  track  bottom  berwarna  hitam  atau  biru  gelap  pada  waktu  Pendidikan
                               Jasmani dan ketika bersukan.

                        2.2.6  Pemakaian pakaian keselamatan mengikut keperluan amali dibengkel hanya terhad
                               ketika melaksanakan amali sahaja.  Pelajar perlu menukar pakaian sebaik tamat sesi
                               amali.  Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan pakaian amali ketika berada di
                               luar kawasan bengkel.

                        2.2.7  Pelajar di wajibkan memakai kad pelajar sepanjang masa di dalam kawasan kolej.


                    2.3  Pakaian Pelajar lelaki

                                           Pakaian pelajar lelaki adalah pakaian rasmi kolej berseluar panjang lengkap dengan
                               kasut dan stokin

                        2.3.1  Pakaian rasmi
                               Pakaian  rasmi  pelajar  SVM  baju  korporat  lengan  pendek  berwarna  oren  manakala
                               kemeja-T berlogo KV berwarna maroon adalah pakaian rasmi kolej.  Pakaian rasmi
                               pelajar  DVM  baju  korporat  lengan  pendek  berwarna  maroon  manakala  kemeja-T
                               berlogo  KV  berwarna  kelabu  sebagai  pakaian  rasmi  kolej.    Baju  korporat  TIDAK
                               DIBENARKAN diubah suai.  Pemakaian  pakaian  rasmi perlu  dimasukkan kedalam
                               seluar sepanjang masa.  Tanda nama hendaklah dijahit di atas poket sebelah kanan

                        2.3.2  Seluar
                               Seluar  berwarna  hitam  panjang  (straight  cut)  melebihi  buku  lali.    Ukur  lilit  seluar
                               antara  16”  hingga  18”  atau  42  cm.    Hanya  saku  jenis  bertebuk  sahaja  yang
                               dibenarkan  pada  seluar.  Tali  pinggang  yang  diperbuat  daripada  nilon  atau  kulit
                               berwarna hitam/gelap sahaja dibenarkan. Ukuran lebar tali pinggang tidak melebihi 3
                               cm dan kepala tali pinggang tidak melebihi 4 cm besar.





                                                          7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12