Page 8 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 8
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
2.3.3 Kasut
Kasut jenis kanvas/kulit atau PVC atau campuran berwarna hitam dengan sarung kaki
paras setengah betis berwarna hitam sahaja. Kasut keselamatan berwarna gelap
dibenarkan.
2.3.4 Bagi aktiviti luar pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar track bottom
berwarna gelap dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
.
2.4 Pakaian pelajar perempuan
Pakaian pelajar perempuan adalah pakaian rasmi kolej dengan kain sarung atau
berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stokin
2.4.1 Pakaian rasmi
Pakaian rasmi pelajar SVM baju korporat lengan panjang berwarna oren manakala
kemeja-T berlogo KV berwarna maroon sebagai pakaian rasmi kolej. Pakaian rasmi
pelajar DVM baju korporat lengan panjang berwarna maroon manakala kemeja-T
berlogo KV berwarna kelabu sebagai pakaian rasmi kolej. Baju korporat TIDAK
DIBENARKAN diubah suai. Labuh baju mestilah melepasi paras pinggul dan
sekurang-kurangnya separuh daripada paras paha. Baju hendaklah longgar dan tidak
menampakkan susuk tubuh. Lengan baju tidak boleh dilipat. Tanda nama hendaklah
dijahit di atas poket sebelah kanan
2.4.2 Kain sarung / Seluar
Kain sarung potongan A atau bersusun dibelakang labuh tidak mencecah tanah
berwarna hitam atau seluar berwarna hitam panjang melebihi buku lali dan tidak ketat.
Hanya saku jenis bertebuk sahaja yang dibenarkan pada seluar.
2.4.3 Tudung pelajar
Pelajar beragama Islam yang bertudung mestilah berwarna hitam kosong berjahit
tengah sahaja dan tidak bersulam. Labuh tudung mestilah dari paras bahu 5” atau
lebih, dari dagu ke bawah 17” atau lebih menutupi paras dada dan melepasi paras
bahu. Anak tudung berwarna hitam adalah diwajibkan.
2.4.4 Kasut
Kasut kanvas/kulit atau PVC atau campuran berwarna hitam tidak bertumit atau tumit
tidak melebihi 1” dengan sarung kaki berwarna hitam paras setengah betis sahaja.
Kasut keselamatan berwarna gelap dibenarkan.
2.4.5 Bagi aktiviti luar pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan
berkemeja-T lengan panjang atau pakaian yang tidak ketat, tidak jarang dan labuh
melebihi separuh paha.
3. AMARAN TENTANG PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI
Pelajar DILARANG memiliki dan memakai jenis-jenis pakaian atau peralatan yang berikut
semasa berada di kawasan kolej:
8