Page 12 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 12
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
yang sama.
9. PERATURAN DI BENGKEL DAN MAKMAL
9.1 Pelajar tidak dibenarkan memasuki bengkel dan makmal tanpa kebenaran dan pengawasan
daripada pensyarah.
9.2 Pelajar perlu beratur di luar bengkel atau makmal sementara menunggu arahan pensyarah
untuk memasuki bengkel atau makmal.
9.3 Pelajar mesti berpakaian mengikut Peraturan Pemakaian di bengkel masing-masing sewaktu
menjalankan kerja amali di bengkel.
9.4 Pelajar dilarang membawa/mengambil keluar peralatan dan bahan-bahan dari bengkel dan
makmal.
9.5 Pelajar dilarang menjalankan kerja amali atau ujikaji tanpa pengawasan / arahan pensyarah.
9.6 Pelajar dikehendaki melaporkan kepada pensyarah/pembantu makmal dengan segera jika
berlaku sebarang kemalangan atau kerosakan alat-alat/mesin.
9.7 Pelajar mesti mematuhi peraturan keselamatan di bengkel dan makmal pada setiap masa.
10. PERATURAN DI PERPUSTAKAAN
10.1 Pelajar dibenarkan memasuki perpustakaan pada waktu rehat atau freetime mengikut jadual
masing-masing.
10.2 Kehadiran dalam waktu PdP perlulah dengan kebenaran dan pengawasan pensyarah atau
pembantu perpustakaan.
10.3 Gunakan kad pelajar untuk scan kehadiran dipintu masuk Perpustakaan
10.4 Makanan dan minuman adalah dilarang didalam perpustakaan.
10.5 Pelajar mesti mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan.
11. PERATURAN DI BILIK MEDIA / DEWAN KOLEJ / BILIK GERAKAN
11.1 Pelajar mesti diiringi dan diawasi oleh pensyarah sepanjang masa ketika bilik itu digunakan.
11.2 Pelajar hendaklah menjaga kebersihan dan memastikan bilik berada dalam keadaan yang
kemas selepas digunakan.
11.3 Pelajar dilarang makan atau minum di semua bilik khas dan Dewan Kolej.
11.4 Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar peralatan dari bilik khas / Dewan Kolej tanpa
kebenaran.
11.5 Pelajar mesti mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditampal di bilik-bilik dan
tempat-tempat berkenaan.
12