Page 18 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 18

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


                    2.4  Pemakaian  sewaktu  di  dewan  makan  hendaklah  mematuhi  peraturan  Etika  Pemakaian
                        Penghuni Kediaman Pelajar.

               3.  ETIKA PEMAKAIAN PENGHUNI KEDIAMAN PELAJAR BAGI LELAKI

                    3.1. Baju
                        3.1.1. Kemeja-T berwarna atau putih berlengan pendek atau panjang, dan mempunyai kolar
                              serta, tidak bergambar mana – mana simbol politik atau sensistiviti perkauman, lucah
                              dan elemen keganasan apabila menghadiri aktiviti Kolej atau Kediaman Pelajar.

                        3.1.2. T-shirt kolar bulat atau jersi hanya dibenarkan untuk kegunaan riadah, waktu istirehat
                              atau aktiviti kolej yang berkaitan sahaja.

                        3.1.3. Pemakaian  singlet  adalah  dilarang  sewaktu  aktiviti  Kediaman  Pelajar  atau  aktiviti
                              riadah.

                        3.1.4. Pemakaian baju melayu lengkap dengan songkok dan kain sampin atau pakaian rasmi
                              Kolej sahaja dibenarkan sewaktu Solat Jumaat.

                    3.2. Seluar

                        3.2.1. Pemakaian seluar jenis slack atau khakis diwajibkan ketika aktiviti Kolej atau Kediaman
                              Pelajar.  Manakala seluar track suit atau sejenis dengannya dibenarkan untuk aktiviti
                              riadah, beristirehat dan aktiviti khusus Kediaman Pelajar.

                        3.2.2. Seluar  panjang  bewarna  plain  (1  warna  gelap)  sahaja  dibenarkan.  Seluar  panjang
                              bercorak dilarang sama sekali.

                        3.2.3. Tali  pinggang  yang  diperbuat  daripada  nilon  atau  kulit  berwarna  hitam/gelap  sahaja
                              dibenarkan. Ukuran lebar tali pinggang tidak melebihi 3 cm dan kepala tali pinggang
                              tidak melebihi 4 cm besar.

                        3.2.4. Pemakaian  seluar  pendek  atau  overrated  fashion  adalah  dilarang  dalam  Kediaman
                              Pelajar.  Digalakkan  penghuni  beragama  Islam  menutup  aurat  walaupun  sewaktu
                              bersukan dipadang.

                        3.2.5. Seluar ketat, seluar jeans, seluar kargo, seluar terlalu longgar, seluar berkaki lebar,
                              seluar  berfesyen,  seluar  poket  tampal  dan  seluar  berplit  melebihi  4  (2  kiri  2  kanan)
                              termasuk pakaian yang diperbuat daripada denim.

                        3.2.6. Pemakaian kain pelikat dilarang sewaktu berada di Bilik Prep, Dewan Makan, aktiviti
                              rasmi Kolej dan Kediaman Pelajar.

                    3.3. Kasut

                        3.3.1. Kasut jenis kanvas/kulit atau PVC atau campuran berwarna hitam dengan sarung kaki
                              paras setengah betis berwarna hitam diwajibkan semasa menghadiri acara rasmi Kolej
                              dan Kediaman Pelajar.





                                                          18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23