Page 31 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 31
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
20. PENGURUSAN KESELAMATAN
20.1. Keselamatan diri Dan Harta Benda Pelajar
20.1.1. Penghuni Kediaman Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan harta
persendirian masing-masing.
20.1.2. Penghuni Kediaman Pelajar dinasihatkan tidak menyimpan wang berlebihan atau
barang berharga.
20.1.3. Penghuni Kediaman Pelajar dilarang membuat sebarang pindaan pendawaian
elektrik, menggunakan lilin, ubat nyamuk, pemetik api, dan alat pemanas air.
20.1.4. Alatan berbahaya seperti pisau atau benda tajam termasuk peralatan bengkel tidak
boleh dibawa atau disimpan di Kediaman Pelajar.
20.1.5. Dilarang sama sekali berlari, bermain dan bergurau dalam bilik air, tangga dan
koridor.
20.1.6. Tidak dibenarkan duduk atau berdiri di atas tembok koridor.
20.1.7. Dilarang memanjat tangka air atau sebarang tempat tinggi yang berbahaya.
20.1.8. Mengunci Locker dengan kunci peribadi.
20.2. Pencegahan Kebakaran
20.2.1. Pastikan semua peralatan elektrik, suis dan soket berada dalam keadaan baik dan
berfungsi.
20.2.2. Semua kerosakan mestilah dilaporkan kepada Warden dengan segera.
20.2.3. Dilarang menggunakan Pemadam Api Jenis Debu dan Pili Bomba.
20.2.4. Dilarang mengadakan pembakaran terbuka.
20.2.5. Dilarang merokok di mana – mana premis Kolej dan Kediaman Pelajar.
20.2.6. Dilarang membawa, menyimpan dan menggunakan semua jenis bahan letupan di
Kediaman Pelajar.
20.2.7. Dilarang menggunakan Loceng Kebakaran atau Pengesan Asap.
20.2.8. Memastikan penggunaan soket elekrik dimatikan selepas digunakan.
20.2.9. Melaporkan sebarang kebakaran yang berlaku kepada Warden Blok Kediaman atau
Warden Bertugas.
31