Page 36 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 36
BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
3.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan hendaklah
dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengarah Kolej seperti
diperbekalkan dalam Peraturan 8, Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
3.4 Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum, peluang yang cukup untuk
pelajar membuat penjelasan (to show case) hendaklah diberi.
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)
4.0 PENGERTIAN HUKUMAN DERA ‘CORPORAL PUNISHMENT’
4.1 Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas pelajar-pelajar perempuan)
tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959.
4.2 Dijalankan sebaik-baik sahaja salah laku itu dilakukan oleh pelajar. Hendaklah dibuat
setelah sesuatu salah laku telah dapat disahkan.
4.3 Dijalankan oleh Pengarah Kolej sendiri atau oleh seorang pensyarah yang berdaftar
yang telah diberikan kuasa secara nyata khas iaitu mengikut keadaan [Perkara 6
Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959].
4.4 Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan
rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik.
Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang secara nyata dalam [Perkara 5
Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1957].
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:14)
5.0 PENGERTIAN HUKUMAN PENAHANAN (DETENTION)
5.1 Hukuman Penahanan adalah untuk mengawal pelajar-pelajar yang jahat (delinquent)
supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki
dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya.
5.2 Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan
seseorang itu ditahan.
5.3 Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada pelajar
berkenaan dan juga pelajar lain.
5.4 Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:15)
36