Page 35 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 35

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


                                             HUKUMAN & TINDAKAN

               1.0     PENGERTIAN HUKUMAN

                       Hukuman  boleh  diertikan  sebagai  kuasa  mengenakan  hukuman  bagi  sesuatu  salah  laku.
                       Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman:
                       1.1    Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar
                              atau  diandaikan  berlaku.    Ini  merupakan  hukuman  yang  bersifat  memberi  balasan
                              kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

                       1.2    Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.

                       1.3    Hukuman  melibatkan  sesuatu  yang  tidak  menyenangkan  dikenakan  ke  atas  yang
                              bersalah,  ia  boleh  jadi  tindakan  fizikal  bersifat  positif  yang  menyakitkan,  atau
                              menafikan sesuatu yang disukainya.

                       1.4    Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru
                              ialah Pembuangan Kolej, Penggantungan Kolej, Hukuman Dera Corporal Punishment,
                              Penahanan (detention) dan Amaran.

                                                                         (Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
                                                                               Untuk Guru Besar dan Guru,
                                                                      Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

               2.0     PENGERTIAN PEMBUANGAN KOLEJ
                       2.1    Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah
                              dengan  mana-mana  kategori  salah  laku  berat  selaras  dengan  Peraturan-Peraturan
                              Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

                       2.2    Seseorang  pelajar  yang  telah  melakukan  salah  laku  atau  tingkah  laku  yang
                              mengganggu  berulangkali  dan  didapati  tidak  berubah  selepas  tindakan  memulihnya
                              diambil  oleh  Pengarah  Kolej  atau  tingkah  lakunya  mendatangkan  gangguan  yang
                              serius  kepada  pelajar-pelajar  lain  dan  terhadap  keseluruhan  disiplin  kolej,  tindakan
                              yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari kolej.


                                              (Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru,
                                                                   Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982: 12)


               3.0     PENGERTIAN PENGGANTUNGAN KOLEJ

                       3.1    Hukuman  penggantungan  merupakan  satu  arahan  di  mana  seseorang  pelajar  itu
                              dilarang  dari  memasuki  kawasan  kolej.    Penggantungan  adalah  bersifat  sementara
                              sahaja dalam jangkamasa yang berpatutan sehingga tidak lebih 14 hari pembelajaran.

                       3.2    Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu sehingga
                              perlu  diasingkan  dari  kolej  manakala  menunggu  hasil  siasatan  mengenai  cara  yang
                              paling  sesuai  untuk  menghadapinya,  Pengarah  Kolej  berkuasa  mengarahkan
                              penggantungan pembelajaran pelajar itu sehingga tidak lebih 14 hari.



                                                           35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40