Page 32 - BUKU PERATURAN KVSKL
P. 32

BUKU PERATURAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


                    20.3.     Keracunan

                        20.3.1.  Tidak dibenarkan sama sekali membeli makanan dari luar (Food delivery, gerai atau
                               sebagainya).

                        20.3.2.  Penghuni tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari Dewan Makan.
                        20.3.3.  Penghuni  tidak  dibenarkan  membawa  masuk  dan  menyimpan  makanan  di  dalam
                               dorm.

                        20.3.4.  Jika  berlaku  keracunan,  laporkan  kepada  AJK  Blok  atau  Warden  dengan  segera
                               untuk tindakan sewajarnya.

               20.  KELUAR KAWASAN KEDIAMAN PELAJAR

                    21.1  Semua penghuni Kediaman Pelajar dilarang keluar dari kawasan Kediaman Pelajar tanpa
                         kebenaran.

                    21.2  Penghuni  wajib  memaklumkan  kepada  Warden  Blok  sekiranya  ingin  berada  luar  dari
                         kawasan Blok Kediaman selain waktu hari kuliah dan aktiviti diluar kebiasaan.

                    21.3  Penghuni Kediaman Pelajar yang ingin keluar kerana sesuatu urusan penting selepas waktu
                         Kolej  atau  pada  hari  cuti,  mestilah  mendapat  kebenaran  Ketua  Warden  atau  Warden
                         terlebih dahulu.

                    21.4  Penghuni Kediaman Pelajar hanya dibenarkan keluar atau pulang ke rumah selepas tamat
                         kelas tambahan atau kelas ganti atau Program Kolej sekiranya berkaitan.

                    21.5  Pulang ke rumah kerana hal-hal penting, seperti kematian, sakit tenat, rawatan kecemasan,
                         kemalangan  dan  bencana  alam,  ibu  bapa  atau  penjaga  mestilah  mendapat  kebenaran
                         Pengurusan Kediaman Pelajar atau Ketua Warden atau Warden Blok Kediaman.

                    21.6  Penghuni  Kediaman  Pelajar  hanya  dibenarkan  pulang  ke  rumah  di  luar  waktu  balik
                         bermalam wajib dengan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

                              a.   Ibu bapa atau penjaga menulis surat rasmi kepada Pengurusan Kediaman Pelajar
                                  minimum tiga hari sebelum hari permohonan.
                              b.   Mendapat kebenaran atau kelulusan.
                              c.   Ibu bapa atau penjaga datang sendiri ke Kediaman Pelajar dan memastikan kad
                                  atau buku atau surat kebenaran ditandatangani oleh Ketua Warden atau Warden
                                  Blok Kediaman.

                    21.7  Ibu bapa atau penjaga dilarang mengambil anak atau jagaan mereka di Kediaman Pelajar
                         untuk balik ke rumah atau dibawa ke mana - mana sesuka hati tanpa kebenaran dari Pihak
                         Pengurusan Kediaman Pelajar.

                    21.8  Penghuni Kediaman Pelajar tidak dibenarkan balik ke rumah di luar waktu pulang ke rumah
                         wajib dengan tujuan mengambil barang-barang yang ditinggalkan di rumah yang sepatutnya
                         boleh  dirancang  lebih  awal  atau  boleh  diposkan  atau  boleh  dihantar  oleh  ibu  bapa  atau
                         penjaga atau wakilnya.



                                                           32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37