Page 10 - MANUAL PENGURUSAN KTE SERI LIPIS 2024
P. 10

Manual Pengurusan KTE Seri Lipis                                          2024/Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi



            sebagai nilai tambah peningkatan ilmu.  Perubahan yang signifikan ini perlu bermula dari seluruh warga
            pendidik pada peringkat dasar lagi. Bermula dengan tekad dan azam yang kuat untuk berubah ke arah yang
            lebih baik demi kemenjadian murid dan  kecemerlangan organisasi.  Perubahan itu mestilah bermula dari
            dalam.  Jika sudah berlaku perubahan dari dalam diri kita, maka akan berlaku juga perubahan di luar dan
            sekeliling kita, selari dengan ‘tag line’ kolej   “The  Heart of Transformation is Transformation of The
            Heart”. Keikhlasan yang kukuh tersemat dari dalam memberikan kita keyakinan untuk melakukan perkara
            dengan lebih positif yang akhirnya memberi manfaat kepada semua orang.

                    Selain itu saya juga berharap agar semua guru dapat memahami tujuh teras utama Kementerian
            Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu menjadikan komunikasi antara kementerian dan  kolej  lebih cekap dan
            telus, memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti,
            memberi perhatian terhadap isu kemiskinan, isu keciciran, kebajikan guru dan menaik taraf kolej.  Tujuh
            teras utama ini menjadi landasan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 bagi mewujudkan Murid
            Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.  Dalam mendepani perubahan ini, cabaran yang
            paling besar yang kita harus hadapi dalam memenuhi aspirasi pendidikan adalah untuk melahirkan para
            pelajar KTE Seri Lipis yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Kemenjadian murid menjadi fokus
            utama.   Cabaran yang perlu kita sahut adalah untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).
            Pembinaan akhlak diutamakan dahulu, barulah kecemerlangan ilmu. Asas bagi melahirkan ABC ini adalah
            ‘Trust & Inspire, saling mempercayai dan  saling memberi  inspirasi.  Amat jelas, cabaran  ini menjadi
            tanggungawab kita bersama untuk memenuhi hasrat tersebut. Namun saya yakin, dengan adanya kerjasama
            antara PIBG, guru-guru dan masyarakat hasrat ini dapat dipupuk di KTE Seri Lipis ini.


                   Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima
            kasih saya yang tidak terhingga kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Manual Pengurusan
            Kolej ini. Terima kasih juga untuk seluruh warga KTE Seri Lipis, guru-guru dan kakitangan yang bertungkus
            lumus untuk menjayakan setiap program kolej. Tanpa kesepaduan hubungan dan keutuhan ‘team work’ tidak
            mungkin kita dapat berdiri teguh pada hari ini. Semoga segala usaha murni yang kita lakukan diberkati serta
            mendapat kejayaan dan keredaanNya. Jadikanlah diri kita sebagai matahari yang bercahaya pada waktu siang
            dan bulan yang bersinar pada waktu malam dengan kilauan yang bergemerlapan.

                                “The Heart of Transformation is Transformation of The Heart”

            Sekian terima kasih.



            Hamdan bin Harun
            Pengetua,
            Kolej Tingkatan Enam Seri Lipis
            29 Februari 2024













                                                                                                            8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15