Page 6 - MANUAL PENGURUSAN KTE SERI LIPIS 2024
P. 6
Manual Pengurusan KTE Seri Lipis 2024/Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
MATLAMAT
➢ Melahirkan warga kolej yang mengamalkan budaya ilmu, penyayang, budaya sains
dan teknologi, budaya kerja yang gemilang dengan berpaksikan keiltizaman.
➢ Membina sahsiah murid yang terpuji dengan sikap yang positif bagi melahirkan
insan kamil yang gemilang di dunia dan bahagia di akhirat.
➢ Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid belajar
dengan berkesan dan mencapai kegemilangan dalam bidang kurikulum.
➢ Memastikan penglibatan semua murid dan mencapai kecemerlangan kokurikulum.
➢ Mewujudkan suasana permuafakatan komuniti untuk kecemerlangan murid dan
kolej.
➢ Membentuk iklim kolej yang kondusif dan ceria.
OBJEKTIF
KURIKULUM
➢ Mencapai keputusan 100% lulus dan 30% cemerlang dalam peperiksaan STPM.
KOKURIKULUM
➢ Memastikan semua murid melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan, persatuan
beruniform serta sukan dan permainan.
➢ Memenangi tempat pertama atau sekurang-kurangnya tempat kedua dalam bidang
kokurikulum yang disertai pada peringkat negeri.
BINA INSAN
➢ Mengamalkan budaya ikram, semangat perpaduan, toleransi dan kerjasama dalam
kalangan warga kolej.
➢ Memupuk nilai-nilai ketuhanan dan kerohanian untuk meningkatkan disiplin para
murid ke tahap “tiada kecacatan”.
KECERIAAN
➢ Memastikan semua warga kolej mengutamakan kebersihan, keceriaan dan
keselamatan (3K) sepanjang masa untuk merangsang proses pengajaran dan
pembelajaran.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
➢ Mengamalkan sikap telus, adil, sistematik dan berkualiti dalam pengurusan dan
pentadbiran kolej.
4