Page 7 - MANUAL PENGURUSAN KTE SERI LIPIS 2024
P. 7

Manual Pengurusan KTE Seri Lipis                                          2024/Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi



                                                PIAGAM PELANGGAN
                                        KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI LIPIS


             Kami warga Kolej Tingkatan Enam Seri Lipis dengan penuh tekad dan ltizam  berikrar dan
                       berjanji akan menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:




                                                        MURID


                 Mendapat pendidikan yang sempurna dan seimbang daripada segi jasmani, emosi,
                    rohani dan intelek supaya mereka belajar dengan efisien dan efektif.
                 Mendapat iklim kolej yang kondusif dan ceria bagi merangsang pembelajaran.
                 Mendapat peluang bagi mengembangkan bakat dan potensi diri dengan mengambil
                    bahagian dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.




                                                         STAF

                 Mendapat kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan
                    piawaian-piawaian   tertentu   selaras   dengan   pengamalan   perkhidmatan   penyayang
                    untuk mereka dan menghasilkan pengajaran yang berkualiti.
                 Mendapat kemudahan yang terbaik bagi mereka menguruskan kerja dengan cekap,
                    canggih, pantas, bijaksana, berkesan dan dinamik.



                                                      IBU BAPA


                 Mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan layanan mesra apabila berurusan dengan
                    pihak kolej.


                                                   MASYARAKAT

                 Mendapat   khidmat   kepakaran   yang   terkini   berserta   khidmat   sosial   berteraskan
                    budaya penyayang daripada warga kolej.




                                                       NEGARA


                 Melahirkan   warganegara   yang   berpengetahuan,   berpemikiran,   berketerampilan,
                    kreatif dan berakhlak mulia berasaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
                    bagi menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.






                                                                                                            5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12