Page 9 - MANUAL PENGURUSAN KTE SERI LIPIS 2024
P. 9
Manual Pengurusan KTE Seri Lipis 2024/Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
Sekapur Sirih Seuntai Bicara Tuan Pengetua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani.
Alhamdulillah dengan izin-Nya, Buku Manual Pengurusan Kolej bagi sesi persekolahan
2024/2025 dapat diterbitkan lagi buat kali ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
jawatankuasa kerja yang telah bertungkus-lumus dalam merealisasikan Buku Manual Pengurusan tahun 2024
ini. Sebenarnya Buku Manual Pengurusan ini merupakan terjemahan kebersamaan dan semangat kolaboratif
warga KTE Seri Lipis dalam melestarikan visi dan misi kolej ini. Buku Manual Pengurusan ini adalah satu
dokumen yang sangat penting kepada kolej sebagai titik mula untuk melaksanakan semua aktiviti yang
dirancang. Dengan kewujudan manual ini diharap dapat menjadi rujukan kerja utama kepada seluruh warga
kolej dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Selain itu, Buku Manual
Pengurusan ini juga akan menjadi wadah rujukan kepada pelawat-pelawat yang datang berkunjung ke kolej
ini.
Pada tahun 2024 ini, KTE Seri Lipis menyaksikan satu cabaran baharu dan tanggungjawab yang
besar harus digalas oleh semua warga kolej. Seluruh warga kolej haruslah memainkan peranan masing-
masing dalam menggembleng tenaga bagi melaksanakan perubahan besar ke arah kolej tingkatan enam yang
ulung. Sejajar dengan prinsip Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bekerja, iaitu kebersamaan,
keterbukaan dan kesyukuran, saya sangat berharap agar semua guru dan kakitangan kolej bekerja secara
ikhlas, jujur dan telus, sentiasa bermuafakat dan mengamalkan semangat kekeluargaan yang utuh demi
memastikan KTE Seri Lipis berada di landasan yang betul.
Sebagai memenuhi hasrat dan aspirasi negara, tugas guru merupakan tonggak utama dalam
melahirkan modal insan yang cemerlang. Setiap warga pendidik seharusnya sentiasa memperlengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani cabaran masa hadapan. Ilmu dan kemahiran yang
dimiliki seharusnya dikongsikan dan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan
negara. Semua guru perlu memahami dan menghayati agenda penting dalam Transformasi Pendidikan
Pahang (TPP) 2021 – 2030. TPP yang bersifat 3M iaitu Meaningful (bermakna), Measurable (boleh ukur)
dan Malleable (mudah olah) sebagai pemacu aspirasi pendidikan negeri Pahang. TPP ini merupakan
pemangkin hala tuju pendidikan bagi mendepani perubahan dan kebolehpasaran murid pada masa akan
datang. Fokus utama TPP yang harus difahami oleh kita semua sebagai penjana modal insan adalah
kemenjadian murid. Terdapat tiga belas ciri model murid yang ingin dilahirkan dalam TPP, antaranya ialah
melahirkan generasi yang celik Al-Quran, generasi berminda usahawan, generasi membaca, murid yang
versatile, futuristik, boleh menguasai pelbagai bahasa, kreatif, inovatif, dan kritis serta penuh dengan
pelbagai kemahiran. TPP ini merupakan persediaan kita untuk melahirkan pemimpin masa hadapan yang
berwawasan dan terbilang. Semua murid harus diberi hak dan peluang yang sama, tanpa mengira status
ekonomi, sosial, kaum, agama dan lokaliti mereka.
Kejayaan kita melahirkan model murid yang diingini harus diterjemahkan dulu oleh model guru
yang berwibawa dan kompeten. Guru merupakan barisan hadapan yang bertanggungjawab dalam
memastikan TPP ini berhasil. Kebitaraan guru perlu dimantapkan dahulu. Guru yang berketrampilan dalam
segala segi harus diperkasakan bagi meningkatkan kualiti guru. Guru seharusnya sentiasa membudayakan
amalan perkongsian pintar, sentiasa menerapkan budaya berfikir, mengamalkan integriti dalam apa jua,
berani meneraju setiap perubahan, berkemahiran digital dan sentiasa menjadi suri teladan kepada orang lain.
Guru yang kompeten sentiasa membudayakan kajian tindakan sebagai refleksi diri, sentiasa membuat
perubahan dengan meningkatkan kualiti dalam PdP di dalam kelas dan menjadikan pembudayaan PLC
7