Page 2 - PENYATA KEWANGAN WANITA 2023
P. 2

PENYATA TAHUNAN 2023
                          WANITA PGRS – BAHAGIAN PANTAI MANIS
                           PENYATA TAHUNAN 2023

















                  PERUTUSAN YAB KETUA MENTERI SABAH / PRESIDEN PARTI
                  GAGASAN RAKYAT SABAH


                  Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dilancarkan pada Mac lalu, adalah parti
                  berbilang kaum yang membawa citra inklusiviti dan parti suara anak Sabah yang mengangkat citra
                  perjuangan tempatan.

                  Gagasan Rakyat yang kini berkembang di setiap ceruk bahagian negeri Sabah telah menjadi pilihan
                  rakyat negeri ini untuk melibatkan diri dalam dunia politik tempatan, sekali gus menjadi penanda
                  aras yang positif dalam penerimaan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

                  Parti ini menjadi wadah perjuangan untuk rakyat Sabah berdasarkan nilai-nilai politik baharu yang
                  diterapkan yang selari dengan keinginan dan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan perubahan dari
                  pelbagai aspek politik seperti ketelusan, integriti dan ambil peduli nasib rakyat di negeri ini.


                  Justeru, yakinlah dengan kesatuan parti ini, sebagaimana perumpamaan yang sering saya laungkan
                  - Parti ini, rumah kita. Rumah kita, kita yang jaga. Rumah kita, kitalah tuannya. Rumah kita, kita
                  pelihara sebaiknya, Dapur kita, kitalah penentu menu dan resipinya.


                  Saya mengucapkan syabas kepada 73 bahagian Gagasan Rakyat dan sayap Pergerakan Wanita,
                  Pemuda dan Beliawanis kerana berjaya melaksanakan Mesyuarat  Tahunan  Bahagian  masing-
                  masing. Sesungguhnya, mesyuarat ini penting kerana Gagasan Rakyat kini sudah mula membuat
                  persiapan bagi menghadapi PRN ke-17 yang dijangka diadakan kira-kira dua tahun lagi.

                  Justeru, saya mahu semua bahagian dan cawangan, termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis
                  Gagasan Rakyat perlu bergerak awal mengukuhkan jentera parti dan menambah keahlian di semua
                  bahagian. Kita perlu memastikan kemenangan Gagasan Rakyat dan seterusnya Gabungan Rakyat
                  Sabah (GRS).

                  Marilah kita mengambil peluang untuk mengeratkan tali persaudaraan dan keakraban serta
                  memperteguhkan semangat perjuangan kita. Selamat bermesyuarat!












                     YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR
   1   2   3   4   5   6   7