Page 3 - PENYATA KEWANGAN WANITA 2023
        P. 3
     PENYATA TAHUNAN 2023
                          WANITA PGRS – BAHAGIAN PANTAI MANIS
                           PENYATA TAHUNAN 2023
                                                  PERUTUSAN KETUA BAHAGIAN
                                                          Salam GAGASAN RAKYAT
                                                          Salam MALAYSIA MADANI
                                                          Salam SABAH MAJU JAYA
                                            Selamat datang kepada semua perwakilan ke Mesyuarat
                                            Tahunan Wanita Bahagian 2023 Bahagian Pantai Manis
                 Papar. Diharap Mesyuarat Tahunan Bahagian yang diadakan julung kali ini dapat berjalan
                 dengan lancar dan harmoni, serta dengan semangat muhibbah.
                 Bersesuaian dengan slogan YAB Presiden, “Rumah Kita, Kita Jaga”, mari lah kita semua pastikan
                 agar usaha murni parti untuk  menjamin kesejahteraan rakyat dapat direalisasikan demi
                 kelestarian Gagasan Rakyat di arena politik Sabah.
                 Dengan kata lain, Gagasan Rakyat yang merupakan anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
                 menawarkan kepada rakyat Sabah satu solusi kepada masalah politik di Sabah. Penubuhan
                 Gagasan Rakyat sebenarnya dimotivasikan oleh sentimen lokal yang mahukan anak anak jati
                 Sabah memainkan  peranan lebih  dominan  dalam memelihara  dan mengurus  hal ehwal negeri,
                 sekaligus menjaga kepentingan rakyat dan negeri Sabah khususnya. Perlu diingatkan, kestabilan
                 politik sangat penting dalam mencorak masa depan serta kesejahteraan hidup rakyat yang
                 berbilang kaum dan agama di Sabah.
                 Akhir kata, saya meminta para Perwakilan untuk mematuhi segala peraturan perlembagaan
                 parti dan berharap semoga Mesyuarat Tahunan Pergerakan Wanita Bahagian 2023 ini dapat
                 mencetus semangat  serta iltizam demi kebaikan untuk kita semua.
                 Selamat Bermesyuarat..
                 YBHG DATUK SERI PANGLIMA HJ ABDUL RAHIM BIN ISMAIL
                 KETUA BAHAGIAN PGRS PANTAI MANIS PAPAR





