Page 5 - PENYATA KEWANGAN WANITA 2023
        P. 5
     PENYATA TAHUNAN 2023
                          WANITA PGRS – BAHAGIAN PANTAI MANIS
                           PENYATA TAHUNAN 2023
                 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
                 Salam GAGASAN RAKYAT
                 Selamat datang kepada semua  Perwakilan Pergerakan Wanita ke Mesyuarat
                 Tahunan Bahagian 2023, semoga mesyuarat pada hari ini dapat berjalan dengan
                 lancar dan saya berharap agar semua Perwakilan akan mengambil peluang yang
                 ada ini untuk menimba ilmu dan sentiasa bermuhasabah diri sesuai dengan
                 aspirasi parti.
                 Setiap anggota parti, perlu terus komited dengan halatuju dan perjuangan parti,
                 dan beramanah  dalam menggalas tanggungjawab, disamping membantu parti
                 melaksanakan pelbagai agenda dan program untuk kesejahteraan rakyat.
                 Perlu diingatkan, kita semua harus berusaha membina  nama baik parti, selain
                 berganding bahu berkerja keras serta mengetepikan kepentingan diri. Kita juga
                 perlu bersikap terbuka dan ikhlas dalam menerima teguran dan kritikan , dan
                 dalam masa yang sama sentiasa bersikap proaktif dalam memberikan
                 perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar.
                 Selamat bermesyuarat semua...
                 PN MAZRAH HJ MAHALI
                 KETUA PERGERAKAN WANITA
                 GAGASAN RAKYAT BAHAGIAN PANTAI MANIS





