Page 4 - PENYATA KEWANGAN WANITA 2023
P. 4

PENYATA TAHUNAN 2023
                          WANITA PGRS – BAHAGIAN PANTAI MANIS
                           PENYATA TAHUNAN 2023










                                       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



                                     Alhamdulillahi rabbil 'alamin, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana hari ini
                                     merupakan sejarah kepada Wanita Gagasan Rakyat kerana persidangan
                                     ini merupakan yang julung pertama kali diadakan selepas YAB Datuk Seri
                                     Panglima Hajiji Mohd Noor mengambil alih secara rasmi parti ini pada 05

               Februari 2023 dan merupakan Presiden Parti dan juga Ketua Menteri Sabah. Peralihan ini bukan
               satu  lembaran  baru  bagi  kita  tetapi  ia  merupakan  kesinambungan  perjuangan parti yang
               meletakkan kepentingan rakyat Sabah ditempat yang utama sebagai  sebuah local-based party.

               Di  dalam  perjuangan  ini  wanita  berada  ditempatnya  yang  khusus  kerana  wanita adalah tulang
               belakang kepada perjuangan parti ini. Walaupun peralihan ini bukan suatu perkara yang mudah,
               tetapi saya percaya dengan iltizam yang tinggi, keyakinan dan kesungguhan semua pemimpin-
               pemimpin  Wanita peringkat DUN dan juga semua ahli-ahli  parti  kita akan mengorak langkah
               bersama dalam mencipta kejayaan samada dalam  pembangunan ekonomi,  sosial dan politik
               tempatan. Kita yang akan mencorakkan kepimpinan dan pembangunan negeri ini selari dengan
               slogan Sabah Maju Jaya.

               Bagi memantapkan lagi parti dan pergerakan Wanita Gagasan Rakyat, saya menyeru marilah kita
               bersama  -sama  bangkit  melakukan  transformasi  minda  politik  ke  arah  memahami  perjuangan
               sebenar  dan  dilakukan  secara  berterusan.  Kita  juga  bertanggungjawab  membantu  kepimpinan
               kerajaan negeri khususnya dalam  memastikan usaha membela  nasib  rakyat  dapat  dilaksanakan
               dengan mencapai sasaran dan matlamat, Mari kita bersama-sama menyatakan sokongan penuh
               kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, selaku Ketua Menteri Sabah agar
               Pembangunan di negeri ini dapat bergerak pantas sepertimana keinginan rakyat untuk mentadbir
               dan mencorak negeri ini ke satu tahap yang lebih maju mengikut acuan rakyat Sabah.

               Akhir sekali marilah kita semua menjadi ahli parti yang setia dan bernilai, bergerak seiring, sekata,
               seia dan senada dengan kepimpinan atasan tanpa berbelah bagi. Teguh kita merealisasikan Impian
               dan matlamat perjuangan rakyat di negeri Sabah.

               Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


                Redonah Bahanda

                KETUA WANITA GAGASAN RAKYAT SABAH
                NOVEMBER 2023
   1   2   3   4   5   6   7   8   9