Page 39 - SOLUSI E-MAGAZINE
P. 39

AKADEMI
                     SI CILIK                      Abjad Ikan




                                  Keperluan dan alatan                                     Tempat

                                                                                       Taman permainan



                                                                                            Waktu

                  1. Kapur tulis.  2. Pistol air mainan   3. Kertas dan                    8.00 pagi
                                  atau bekas penyembur       pensel.
                                        berisi air.


                                                            Cara-cara:
                   1 Lihat sekeliling. Minta anak sebut benda yang berada di sekitar mereka. Ibu atau bapa tuliskan
                      di atas kertas. Contoh:
                      •   Awan.         •   Bola.
                      •   Gelongsor.    •  Daun.
                      •   Rumput.       •  Semut.

                   2 Dengan menggunakan kapur, lukiskan bentuk ikan di atas simen atau gelanggang badminton.
                      Tuliskan huruf dari A hingga Z secara rawak di dalam badan ikan.
                   3 Ibu akan menyebut satu demi satu perkataan daripada senarai tadi. Anak akan meneka huruf
                      pertama perkataan tersebut dan menembak pada bahagian badan ikan yang mengandungi huruf
                      pertama perkataan tersebut menggunakan pistol air. Contoh: Awan - huruf A.
                   4 Selesaikan sehingga habis semua perkataan.


                                Kemahiran Fokus                                     Kesimpulan

                 •    Mengenal  pasti  bunyi  huruf  daripada      •  •Aktiviti awal pagi menyeronokkan kerana udara
                    perkataan. Ini bagus bagi anak yang masih         yang masih segar dan badan berada dalam
                    dalam proses belajar mengeja.                     keadaan yang optimum untuk menerima ilmu.
                 •  Merangsang anak-anak mengeja dengan cara       •  Ajar anak bersyukur kerana Allah kurniakan
                    melibatkan pergerakan dan melatih kemahiran       hari baru sekali lagi pada hari ini. Syukur juga
                    fokus. Ini merupakan salah satu pendekatan        kita boleh mendengar, melihat, berjalan dan
                    yang lebih menarik selain daripada beraktiviti    bercakap. Ini yang dilakukan ketika beraktiviti.
                    dengan buku sahaja.                               Ini nikmat yang sangat besar kerana ada orang
                                                                      yang tidak bernasib baik seperti kita.





















                                                                                                      rekaletak grafik: wanie suhaini
              38  I   SOL USI 137                                                                     ilustrasi: cipuden
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44