Page 41 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 41

Aplikasi  ICS  dan  adaptasi  Arahan  No.  20  MKN  telah  menjadi  teras  dalam

                       pengurusan operasi insiden dan bencana oleh JBPM. Kedua-dua elemen ini telah
                       digunakan dengan meluas dan dimasukkan ke dalam setiap Standard Operation
                       Prosedure  (SOP)  pelbagai  operasi  kebombaan  dan  penyelamatan  yang

                       dilaksanakan  oleh  JBPM.  Konsep  dan  pelaksanaan  ICS  telah  menjadi  sebati
                       kepada pegawai bomba seluruh negara kerana ianya telah dijadikan suatu subjek

                       pembelajaran wajib yang diajarkan di kesemua Akademi Bomba seluruh negara.

                       JBPM  sebagai  agensi  pertama  respon  dan  tiba  ke  tempat  kejadian  secara

                       automatik menggerakkan model ICS ini sebagai satu struktur pengurusan insiden
                       / bencana, struktur ini lah yang menjadi asas command & control, perancangan,
                       pengurusan  operasi  dan  pengurusan  logistik.  Perkembangan  &  kompleksiti

                       bencana  serta  peningkatan  penglibatan  agensi  akan  menjadikan  Incident
                       Command Structure ini turut berkembang, sehinggalah ianya membentuk ‘line of
                       command’ yang selari dari peringkat asas sehingga peringkat yang lebih tinggi.

                       ‘Change of Command’ dan ‘Transfer of Command’ kepada IC yang lebih kanan
                       atau  dari  JBPM  kepada  pihak  PDRM  juga  masih  bergantung  kepada  asas
                       ‘Command Structure’ yang diwujudkan oleh JBPM seawal tiba di lokasi kejadian.


                       Command Structure yang diwujudkan oleh JBPM seawal tiba di lokasi kejadian ini
                       dilihat  sebagai  unsur  terpenting  ketika  fasa  Response  dalam  pengurusan

                       bencana.  Ianya  juga  telah  menjadi  pelengkap  kepada  Arahan  No  20  MKN.
                       Koordinasi, komunikasi dan kerjasama inter-agency ketika Fasa Response (fasa

                       tindakbalas) ini perlu diberikan keutamaan kerana ianya perlu dilakukan dengan
                       cepat  untuk  meningkatkan  peluang  menyelamatkan  nyawa  dan  menghalang
                       kehilangan nyawa seterusnya menghindari kemusnahan yang lebih besar. Tidak

                       terkecuali  bagi  operasi  insiden  LRT  ini,  konsep  ICS  telah  digunakan  oleh
                       Komander  Operasi  Bomba  yang  mula  tiba.  Pengagihan  peranan  dan  fungsi

                       pelbagai  agensi  adalah  dilakukan  berdasarkan  konsep  ICS  tersebut.  Hasil
                       pemerhatian dan pengalaman JBPM menguruskan OPS Tragedi LRT ini dan lain-
                       lain insiden besar di Kuala Lumpur, panduan menguruskan bencana berdasarkan

                       kombinasi ICS dan Arahan No 20 MKN, telah terbukti berkesan dan efisien untuk
                       bencana yang kompleks dan melibatkan banyak agensi yang terbabit. Oleh itu,
                       ICS adalah pilihan terbaik yang perlu digunakan serentak dengan Arahan MKN

                       tersebut. Namun begitu, masih terdapat agensi-agensi yang kurang menghayati
                       Arahan  No.  20  MKN,  apatah  lagi  untuk  memahami  dan  mengadaptasikan  ICS
                       dalam pengurusan bencana yang dihadiri oleh agensi terbabit.








    34 | CEPAT DAN MESRA
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46