Page 44 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 44

7.0     PENGURUSAN RISIKO DALAM OPS TRAGEDI LRT

                       Pengurusan risiko adalah antara yang terpenting dalam pengurusan insiden. Dalam

                       konteks  operasi  penyelamatan  OPS  Tragedi  LRT,  pengurusan  risiko  merupakan
                       aktiviti  bermula  dari  penerimaan  panggilan  kecemasan,  size-up  semasa  tiba  di
                       lokasi  kejadian,  berterusan  semasa  aktiviti  penyelamatan  sehingga  operasi

                       ditamatkan.

                       Risiko dalam suasana kecemasan adalah bersifat dinamik. Risiko boleh berubah-

                       ubah dan langkah mengawal serta mengendalikan risiko juga perlu fleksibel. Dalam
                       konteks OPS Tragedi  LRT,  data-data  berkaitan  dengan risiko  dapat dikenalpasti

                       melalui aktiviti-aktiviti berikut:

                       7.1    Maklumat daripada panggilan kecemasan


                              Setiap panggilan kecemasan yang diterima menggambarkan suasana risiko
                              yang tidak mampu dikawal lagi oleh pemanggil atau mangsa, justeru bantuan

                              dari agensi penyelamat untuk menangani risiko diperlukan. Data risiko-risiko
                              semasa menguruskan panggilan kecemasan termasuklah:


                              i.     Lokasi kejadian di dalam confined space atau terowong.
                              ii.    Masalah pencahayaan di dalam terowong dan bangunan yang
                                     terlibat

                              iii.   Laluan keluar atau masuk yang terhalang
                              iv.    Struktur yang tidak stabil

                              v.     Bilangan mangsa yang terlibat
                              vi.    Tahap kecederaan mangsa
                              vii.   Dsb.


                              Komunikasi dengan pemanggil dan pelapor perlulah dimanfaatkan sebaik
                              mungkin  oleh  Operator  (Call  Taker)  di  PGO  untuk  mengumpul  sebanyak

                              mungkin maklumat yang berkaitan dengan pengurusan risiko tersebut.

                       7.2    Maklumat daripada Emergency Response Plan (ERP)


                          Kebanyakan  premis  yang  berisiko  tinggi  mempunyai  ERP  yang  disediakan
                          sebagai  panduan  untuk  menguruskan  insiden.  ERP  ini  mengandungi  analisa

                          risiko dan perancangan mengendalikannya secara risiko telah menjadi ancaman
                          sehingga tercetusnya insiden. Dalam konteks OPS Tragedi LRT, ERP yang







                                                                                              CEPAT DAN MESRA | 37
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49