Page 43 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 43
6.0 TRANSFER OF COMMAND
Pada umumnya kita mengetahui bahawa pada ketika berlakunya sesuatu insiden
yang berskala besar dan melibatkan ramai mangsa, keadaan panik dan suasana
tidak terurus bagi melaksanakan susun atur gerak kerja menyelamat akan
dihadapi oleh mana-mana pasukan penyelamat pada peringkat awal. Keadaan
saiz senario serta kompleksiti struktur di sesuatu kawasan tempat kejadian adalah
bergantung kepada jenis situasi insiden itu sendiri.
Meskipun dalam kejadian ini, pihak Prasarana telah mengambil langkah efisien
dengan mengadakan latihan penyelamatan atau fire-drill secara berkala bagi
semua kakitangannya dalam memantapkan keberkesanan penyelamatan jika
berlaku sebarang insiden. Namun pada situasi berlakunya kejadian sebenar, ianya
telah menguji tahap kebersediaan dan kesiapsiagaan mereka dalam menangani
kes kecemasan pada peringkat awal sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
Pemindahan perintah dan kawalan (transfer of command) adalah proses
memindahkan tanggungjawab pengurusan insiden melalui jajaran chain of
command kepada komander operasi yang lebih kanan. Komander Operasi yang
baru mengambil alih command adalah mereka yang lebih berkelayakan serta
bertanggungjawab untuk membangunkan struktur organisasi command and
control seterusnya mewujudkan kerjasama di antara agensi penyelamat.
Dalam kes kemalangan tren di Stesen KLCC (KJ10), pujian harus diberikan
kepada pasukan First Responder daripada petugas RapidKL di Stesen KLCC
(KJ10) yang mana mereka telah bertindak lebih awal untuk mematikan punca
bekalan kuasa elektrik di laluan trek LRT Stesen KLCC (KJ10) sebelum pasukan
penyelamat dari JBPM Kuala Lumpur tiba di stesen berkenaan. Mereka turut juga
membantu kerja evakuasi dan kerja penyelamatan mangsa. Kehadiran susulan
Pasukan Medik dari APM yang tiba di lokasi turut memberi bantuan perawatan
awal terhadap mangsa-mangsa yang cedera. Petugas Polis Bantuan Rapid KL,
Polis Bantuan Petronas dan PDRM turut memberikan bantuan awal kepada
mangsa.
36 | CEPAT DAN MESRA