Page 39 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 39
Meneruskan kesinambungan command & control sehingga berlaku
peralihan atau pertukaran command & control (transfer of command)
Peranan Planning Section masih lagi dimainkan oleh IC pada ketika ini
dalam merancang Incident Action Plan agar operasi lebih berkesan. IC
juga melantik pegawai lain bagi mengetuai operasi di Red Zone dan
pegawai lain menguruskan keperluan logistik.
5.2.5 Peringkat Struktur Lengkap Multiagency (Unified Command)
Insiden kemalangan LRT ini merupakan yang pertama dalam sejarah
negara. Oleh itu ia boleh dikategorikan sebagai satu insiden yang
mempunyai kepentingan kepada negara dan sensitif. Pada peringkat ini,
pengurusan insiden telah berkembang dengan kehadiran pelbagai agensi
dan pihak berkepentingan termasuk media. Insiden perlu diuruskan
dengan lebih teratur agar pengurusan insiden lebih teratur dan penyaluran
maklumat kepada media dan awam adalah tepat.
Walaupun Mekanisma Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan
Negara 20 (MKN 20) tidak diaktifkan, namun semua agensi terlibat telah
memahami fungsi dan peranan masing-masing. Dalam konteks
pengurusan insiden di JBPM, sistem pengurusan bencana diselaraskan
sebaik mungkin dengan mengadaptasikan konsep ICS dan implementasi
MKN 20.
Berdasarkan kepada kedua-dua konsep pengurusan insiden berikut, carta
organisasi pengurusan insiden kemalangan LRT yang lengkap secara
unified command boleh diterjemahkan seperti berikut:
32 | CEPAT DAN MESRA