Page 54 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 54

8.6.1  Gerak Kerja Rescue


                              Tumpuan  utama  sebaik  sahaja  aktiviti  size-up  dilakukan  ialah  kerja-kerja
                              rescue, memandangkan tiada mangsa yang terhimpit oleh objek atau struktur,

                              maka  kerja-kerja  rescue  tidak  banyak  melibatkan  heavy  rescue  tools.
                              Kebanyakan mangsa yang cedera adalah akibat daripada impak mendadak
                              pelanggaran yang menyebabkan badan mangsa yang terpelanting dan terjatuh

                              menghentak objek keras di dalam tren.


                              Tindakan  dan  operasi  penyelamatan  di  lokasi  kejadian  adalah  keutamaan
                              tertinggi dan mula diagihkan serta dilaksanakan oleh BBP Jalan Tun Razak,
                              BBP  Hang  Tuah  dan  BBP  Keramat  dengan  kekuataan  anggota  diketuai  3

                              pegawai penyelia dan 18 anggota. Pegawai penyelia telah mengambil tindakan
                              dengan  mengutamakan  membawa  keluar  mangsa  cedera  parah  dengan
                              menggunakan  stretcher  manakala  mangsa  yang  mengalami  cedera  ringan

                              dibawa keluar dengan keluar ke zon infirmary dengan teknik one-man rescuer
                              assist, two rescuers assist serta chair carry.


                              Semua  kerja-kerja  penyelamatan  perlu  dilakukan  dengan  pantas  bagi
                              mengejar golden hour agar mangsa segera mendapat rawatan dan mengelak

                              daripada  kecederaan  berganda.  Namun  kerja  menyelamat  berlaku  dengan
                              agak perlahan disebabkan accessibility yang terhad, dengan hanya satu laluan
                              keluar  dan  masuk  ke  lokasi  mangsa  serta  terpaksa  melalui  emergency

                              walkway yang sempit.




















                                     Ruangan  sempit  di  emergency  walkway  untuk  operasi
                                     mengeluarkan mangsa




                                                                                              CEPAT DAN MESRA | 47
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59