Page 58 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 58
8.6.3 Gerak Kerja Mass Casualty Management
Pengurusan mangsa bermula dari proses size up dalam coach tren. Mangsa-
mangsa dikategorikan mengikut tahap kecederaan. Penumpang / mangsa
diminta keluar atau dibantu keluar dan berkumpul di First Staging untuk triage
dan perawatan awal. Penumpang / mangsa kemudiannya ke Second Staging
(sick bay) di aras G - lobi untuk giliran pengangkutan menggunakan ambulans
ke hospital. Seterusnya mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans
EMRS dan ambulans daripada pelbagai agensi mengikut keutamaan dan
tahap kecederaan.
. CASUALTY MANAGEMENT - FIRST STAGING
Penumpang / mangsa dikumpulkan di First
Staging untuk Triage dan perawatan awal.
CASUALTY MANAGEMENT - SECOND STAGING
Penumpang / mangsa dikumpulkan di Second
Staging (sick bay) untuk giliran pengangkutan
menggunakan ambulans ke hospital.
CASUALTY MANAGEMENT - TRANSPORTATION / AMBULANCE
Pelbagai ambulans daripada EMRS, APM, St. John
Ambulance dan lain-lain membawa penumpang / mangsa
ke Hospital Kuala Lumpur
CEPAT DAN MESRA | 51