Page 59 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 59
Penumpang yang tidak mengalami sebarang kecederaan bergerak keluar dari tren
menuju ke ruangan platform pelepasan. Manakala penumpang yang mengalami
kecederaan dibawa dengan stretcher oleh pasukan Rescue Medic. Ketibaan
pasukan pertama medic daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
menjalankan kerja-kerja triage mangsa dan perawatan awal disamping
menenangkan mangsa yang masih dalam keadaan trauma. Bagi petugas RapidKL
dan Polis Bantuan diarahkan untuk mendapatkan maklumat dan butir-butir mangsa
bagi tujuan merekod jumlah mangsa dan penumpang yang terlibat.
Ruang legar aras G di dalam bangunan Avenue K telah dijadikan kawasan sick bay
bagi mass casualty management bagi mangsa-mangsa yang mengalami
kecederaan ringan dan memerlukan pemulihan. Mangsa yang dalam keadaan
trauma ini telah dibantu oleh pelbagai agensi termasuklah pasukan JBPM, PDRM,
APM, ATM, Skuad Penyelamat DBKL, St. John Ambulance, Malaysian Red
Crescent dan Pasukan Bomba Sukarela. Semasa kejadian tersebut, kenderaan
ambulans pelbagai agensi bertali arus hadir ke lokasi dan terus menghantar mangsa
berdasarkan keutamaan untuk mendapat rawatan.
52 | CEPAT DAN MESRA