Page 55 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 55

8.6.2    Gerak Kerja Mass Evacuation


                          Tindakan  evacuation  pada  mulanya  telah  dipertanggungjawabkan  kepada
                          pegawai penyelia BBP Jalan Tun Razak dan pasukan Unit RIM BBP Jalan Hang

                          Tuah  untuk  mengenalpasti  dan  membuka  laluan  yang  selamat  dalam
                          memastikan  mangsa  dikeluarkan  dengan  selamat  dan  ditempatkan  di  zon
                          kuning.  Headcounting  dilakukan  oleh  pihak  Prasarana  bagi  menentukan

                          bilangan penumpang / mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.


                          Disebabkan jumlah penumpang yang terlibat agak ramai termasuk penumpang
                          yang  mengalami  kecederaan  dan  masih  berada  di  dalam  coach  tren,  maka
                          pasukan  penyelamat  diarahkan  untuk  memasuki  setiap  coach  tren  bagi

                          memastikan  tiada  lagi  penumpang  didalamnya  dan  memastikan  semua
                          penumpang telah berada di ruangan platform pelepasan tren bagi melaksanakan
                          pematuhan  kepada  penjarakan  sosial  mengikut  SOP  COVID-19  maka

                          penumpang  yang  tidak  mengalami  kecederaan  diarahkan  oleh  pasukan
                          penyelamat dan pihak polis untuk terus ke bahagian Aras G zon hijau ataupun
                          sick bay.


                          Komander  Operasi  mengandaikan  pelbagai  risiko  yang  bakal  dihadapi  oleh

                          petugas penyelamat dan kemungkinan akan bertambah sukar sekiranya terlalu
                          ramai penumpang berada di ruangan platform pelepasan. Kerisauan terhadap
                          pelbagai  kemungkinan  wujudnya  kemerbahayaan  lain  yang  mungkin  akan

                          berlaku  di  dalam ruangan  platform  dan  di  dalam terowong  ataupun  di dalam
                          ruangan  tren  yang  terlibat  maka  kerja-kerja  evakuasi  penyelamatan  mangsa

                          perlu  dilakukan  secara  berhati-hati  dan  perlu  disegerakan  agar  kesemua
                          penumpang dapat dikeluarkan dari kawasan Red Zone ke kawasan Yellow Zone
                          mahupun  terus  ke  kawasan  Sick  Bay  (Green  Zone).  Pasukan  penyelamat
                          berulang alik bagi memastikan tiada lagi penumpang yang terkandas dalam tren

                          dan tiada lagi mangsa yang mengalami kecederaan di dalam tren serta bagi
                          penumpang yang memerlukan bantuan bagi pergerakan keluar dari tren menuju

                          ke ruangan platform atau ke sick bay.















    48 | CEPAT DAN MESRA
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60