Page 120 - Pencapaian Pelan Strategik CIDB (CSP) 2023
P. 120

LAPORAN PENCAPAIAN PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK CIDB (CSP) 2023

               4.0  KESIMPULAN




                         1.    Sebahagian besar daripada KPI yang dibentuk oleh bahagian adalah kurang

                               strategik  dan  tidak  selaras  dengan  hala  tuju  CSP  peringkat  3A  iaitu

                               mewujudkan  hasil  yang  mempunyai  impak  tinggi  daripada  program  yang
                               dijalankan sepanjang tahun 2023.



                         2.    SI dan KPI yang dibentuk oleh kebanyakan bahagian adalah lebih tertumpu

                               kepada  kekuatan  personel  melalui  program-program  hakiki  yang  selalu
                               dibuat  dan  mudah  untuk  dicapai.  Ini  menyebabkan  ada  bahagian  yang

                               mempunyai pertindihan KPI dengan tahun sebelumnya di mana sasaran dan

                               hasil yang ingin dicapai  daripada program yang dijalankan  adalah hampir

                               sama.


                         3.    PIC yang bertanggungjawab untuk sesuatu KPI tidak memahami keperluan

                               yang perlu dinyatakan sebagai data dan maklumat dalam pencapaian setiap

                               sukuan  untuk  dibuat  perbandingan  dengan  sasaran  KPI  yang  telah
                               ditetapkan  sebagai  SI  bahagian.  Kebanyakan  maklumat  yang  dimasukkan

                               sebagai  pencapaian  KPI  pada  setiap  sukuan  adalah  bersifat  methodologi

                               dan bukannya hasil atau impak utama yang ingin dicapai daripada sesuatu

                               program yang dijalankan oleh bahagian.


                         4.    Terdapat beberapa KPI bahagian yang terpaksa dipinda atau digugurkan pada

                               sukuan akhir tahun akibat kegagalan bahagian untuk mencapai sasaran KPI

                               yang telah dibentuk pada tahun tersebut. Juga tiada justifikasi menyeluruh
                               daripada bahagian mengenai sebab utama kegagalan tersebut serta sasaran

                               KPI yang baharu untuk mencapai SI tersebut.






                                                             64
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124