Page 123 - Pencapaian Pelan Strategik CIDB (CSP) 2023
P. 123
LAPORAN PENCAPAIAN PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK CIDB (CSP) 2023
5. Skala lampu isyarat yang digunakan untuk menilai pencapaian KPI CSP perlu
diubah kepada skala yang lebih tegas dan efektif. Contohnya, lampu hijau
boleh digunakan atau diberikan hanya kepada bahagian yang mencapai
100% sasaran KPI bagi SI yang dibentuk. Ini adalah kerana kebanyakan
bahagian mempunyai bilangan KPI yang sangat minima (1 atau 2) jika
dibandingkan dengan jumlah personel atau tenaga kerja yang ada dalam
bahagian tersebut. Lampu kuning boleh diberikan kepada pencapaian
sasaran KPI 75% dan ke atas manakala lampu merah untuk pencapaian 75%
dan ke bawah. Pencapaian KPI untuk lampu kuning dan lampu merah perlu
disertakan dengan justifikasi sebab kegagalan mencapai 100% sasaran dan
juga sasaran pelaksanaan KPI yang baharu oleh bahagian. Pelaksaan SI
tambahan juga perlu dikenakan kepada bahagian yang mempunyai
pencapaian KPI dibawah 75% sebagai penalti. Skala lampu isyarat baharu
bagi mengukur pencapaian KPI CIDB yang dicadangkan adalah seperti
berikut:
67