Page 122 - Pencapaian Pelan Strategik CIDB (CSP) 2023
P. 122
LAPORAN PENCAPAIAN PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK CIDB (CSP) 2023
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Penetapan kesemua Inisiatif Strategik (SI) dan sasaran KPI melalui
pelaksanaan aktiviti atau program tertentu oleh setiap bahagian perlulah
dibuat berlandaskan kepada asas hala tuju Pelan Strategik CIDB (CSP) yang
ingin dicapai pada tahun tersebut iaitu hasil yang berimpak tinggi untuk
tahun 2023.
2. Selain strategik, SI dan sasaran KPI yang dihasilkan oleh bahagian juga
haruslah realistik dengan membuat analisa kekuatan dan kelemahan
pencapaian SI dan sasaran KPI tahun sebelumnya secara menyeluruh agar
tidak berlaku pindaan atau pengguguran KPI disebabkan kegagalan bahagian
untuk mencapai sasaran KPI pada suku Q3 atau penghujung suku Q4. Ini
secara tidak langsung akan merencatkan pencapaian pelaksanaan Pelan
Strategik CSP secara keseluruhannya pada tahun tersebut.
3. Perlu ada penglibatan pihak ketiga bagi memantau penetapan SI dan sasaran
KPI oleh bahagian sebelum sebarang pelaksanaan dibuat pada setiap awal
tahun. Ini dapat memastikan SI dan sasaran KPI yang dibentuk adalah
strategik, realistik dan berdaya maju serta selaras dengan hala tuju CSP
untuk tahun tersebut.
4. PIC yang bertanggungjawab ke atas SI tertentu dalam bahagian perlu diberi
taklimat pada awal tahun berkenaan dengan jenis data dan maklumat yang
perlu dimasukkan ke dalam sasaran KPI dan juga pencapaian setiap sukuan
Q1-Q4. Taklimat sebegini dapat meningkatkan kefahaman setiap PIC tentang
keperluan maklumat untuk dimasukkan serta ketepatan peratusan
pencapaian sasaran KPI bahagian pada setiap sukuan yang dilaporkan oleh
bahagian dalam Trello.
66