Page 121 - Pencapaian Pelan Strategik CIDB (CSP) 2023
P. 121
LAPORAN PENCAPAIAN PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK CIDB (CSP) 2023
5. Skala lampu isyarat yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan hasil
pencapaian KPI sesuatu bahagian adalah tidak strategik dan agak lemah. Ini
adalah kerana pencapaian 85% daripada sasaran KPI sudah dianggap hebat
dan mencapai tujuan SI pada tahun tersebut. Ini akan menyebabkan
kebanyakan bahagian mengambil mudah tentang kepentingan dan
keperluan untuk mencapai sasaran KPI bahagian secara sepenuhnya (100%)
di mana secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pencapaian CSP
secara keseluruhannya.
6. Sebahagian besar daripada bahagian telah mengisytiharkan pencapaian KPI
2023 sebagai 100% walaupun maklumat yang disertakan sebagai
pencapaian setiap sukuan sepanjang tahun tidak dapat membuktikan
pencapaian KPI sebenar mereka adalah sebegitu. Analisis terhadap
pencapaian sebenar KPI 2023 telah mendapati bahawa ada bahagian yang
tidak mencapai sasaran KPI melebihi 85% bagi tahun 2023 serta penetapan
sasaran KPI yang kurang strategik walaupun mempunyai jumlah SI yang
sedikit berbanding dengan bahagian lain. Secara keseluruhannya, hanya 44
atau 79% daripada 56 KPI yang dilaksanakan oleh kesemua 20 bahagian
CIDB telah berjaya mencapai sasaran 85% ke atas dan berada dalam skala
traffic light hijau CIDB berbanding dengan purata tuntutan pencapaian yang
dibuat oleh kesemua bahagian pada akhir tahun 2023 iaitu 99.2%.
65