Page 4 - 142048
P. 4
Pengenalan
Kepimpinan yang efisien merupakan salah satu lonjakan penting dalam
mempertingkatkan perkembangan sesuatu tamadun. Selain itu, kepimpinan
juga berkait rapat dengan ilmu pengetahuan yang mendorong kepada
budaya ilmu. Justeru, kepimpinan seseorang guru melalui ilmu yang
diperoleh amat penting dalam membentuk budaya sekolah yang positif dan
meningkatkan keberkesanan organisasi sekolah.
Hujah ini turut seiring dengan Ciulla (2004) yang berpendapat bahawa
kepimpinan adalah bagaimana seseorang menggerakkan orang lain
melakukan sesuatu tindakan bagi menyempurnakan visi dan misi
organisasi. Kempimpinan yang berkesan ini sekaligus dapat menggerakkan
orang-orang di bawahnya bagi merpertingkatkan prestasi sesebuah
organisasi.
3