Page 9 - 142048
P. 9
BUDAYA SEKOLAH
Rata-rata sekolah secara dasarnya seragam dari sudut kurikulum,
prasarana serta kelayakan guru. Namun, budaya sekolah sebenarnya
yang menjadi titik perbezaan antara sekolah-sekolah di Malaysia dan
penentu kepada keberkesanan sesebuah sekolah. Oleh kerana budaya
boleh dibentuk melalui warganya, maka kepimpinan guru harus
dijadikan tunjang utama dalam pembentukan budaya sekolah,
sekaligus dapat mendorong keberkesanan positif terhadap sekolah.
Hal ini demikian kerana, sikap pemimpin memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi sesebuah budaya sekolah dan ia akan
menjadi refleksi keberkesanan sesebuah pimpinan tersebut.
Kepimpinan guru yang baik akan membawa kepada pembentukan
budaya yang akan diteladani and menjadi contoh bagi sekolah-
sekolah lain
Memetik Banks dan Banks (1993), budaya adalah sistem sosial yang
terdiri daripada pelbagai institusi, tradisi, kepercayaan, strata sosial
dan matlamat tersendiri bagi pembentukan sesebuah organisasi. Ini
jelas menunjukkan bahawa budaya sekolah menjadi elemen penting
dalam merealisasikan keberkesanan dalam persekitaran sekolah.
8
.