Page 13 - 142048
P. 13
iv. Budaya
Kepelbagaian budaya yang diamalkan menjadi salah satu keunikan
bagi negara ini. Variasi budaya ini harus diraikan dan guru seharusnya
mengambil peluang dalam menjadi penggerak budaya. Guru boleh
mengadakan aktiviti mingguan yang memberi fokus budaya berbeza
setiap minggu seperti hebahan infografik yang berfokus kepada
budaya dan tema berlainan seminggu sekali. Pendedahan boleh
merangkumi ajaran serta pantang larang yang diamalkan dalam
kehidupan seharian. Dengan ini, pelajar dapat mengamalkan budaya
masing-masing tanpa segan silu dan membuang sikap prejudis
terhadap kepercayaan orang lain.
Selain itu, guru juga dapat memperkenalkan tradisi baru di sekolah
seperti mendidik pelajar untuk salam tangan guru apabila setiap sesi
pembelajaran selesai. Ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan
pelajar serta menambah rasa hormat terhadap warga pendidik.
12