Page 11 - 142048
P. 11
PERANAN guru sebagai
pemimpin budaya sekolah
Sekolah merupakan institusi formal yang berperanan penting dalam
membentuk anak bangsa. Maka, guru berperanan penting dalam
membentuk anak bangsa yang berjaya untuk negara. Ini disokong oleh
Danielson (2006) yang berpendapat kepimpinan guru sebagai pemimpin
yang mempunyai pengaruh yang tinggi kerana selain daripada mengajar,
peranan mereka juga diperluas ke luar bilik darjah. Jadi untuk
menghasilkan modal insan yang dapat menyumbang kepada negara,
terdapat beberapa aspek peranan guru yang perlu diberi penekanan.
i. Pengajaran
Tugas utama guru adalah sebagai fasilitator dalam kelas. Maka,
amat penting bagi guru menjalankan peranan sebagai seorang
pemimpin yang berwibawa dan amanah dalam proses
penyampaian ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, pengajaran bagi
mana-mana subjek harus relevan dengan skop pembelajaran bagi
memastikan pelajar dapat memahami apa yang diajar. Guru juga
boleh menambah pengetahuan dalam pengkhususan pelajaran
seperti memperbaiki kaedah pengajaran dan pengurusan bilik
darjah. Usaha-usaha ini dapat mendorong pelajar dalam
pembentukan budaya minat untuk belajar.
10