Page 6 - 142048
P. 6
KEPIMPINAN
Kepimpinan berperanan penting dalam menggerakkan sesebuah
organisasi. Menurut Robbins (1991), keberkesanan pemimpin dalam
mempengaruhi ahli-ahlinya bagi melakukan gerak kerja akan
memberi impak kepada pelaksanaan matlamat organisasi. Justeru,
amat penting bagi seseorang itu mempunyai kepimpinan yang
mantap bagi meningkatkan kecekapan dalam sesebuah organisasi.
Antara tugas utama pemimpin adalah memberi motivasi dalaman
untuk merancakkan gerak kerja serta menunjukkan tingkah laku
yang boleh diteladani oleh ‘subordinate’.
Selain itu, kepimpinan juga turut menjadi penggerak utama dalam
perkembangan tamadun pada masa dahulu. Ilmu pengetahuan yang
diperoleh membantu dalam memajukan sesebuah tamadun.
Masyarakat yang bertamadun ini telah mencapai tahap kehidupan
yang membangun dari pelabagai aspek seperti budaya, peradaban
dan pembangunan. Kejayaan ini berpaksikan daripada kepimpinan
yang mantap. Ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan penting
dalam pembangunan pelbagai aspek dan institusi termasuklah
sekolah.
5