Page 8 - 142048
P. 8

KONSEP BUDAYA







                   Schein (2004) dan Oswalt (1985) mentakrifkan budaya sebagai


                   segala tingkah laku yang telah dipelajari serta dikongsi untuk orang


                   ramai. Penurunan ilmu mengenai tingkah laku ini diperoleh daripada



                   ahli yang lebih berpengalaman iaitu ‘senior’. Perkara yang


                   dikongsikan adalah berasaskan perkara-perkara penting yang perlu


                   diberikan penekanan dan dikongsi secara secara turun temurun lalu


                   menjadi tradisi. Ia berasaskan pemerhatian, cara hidup, mitos,


                   simbolik dan sebagainya.




                   Menurut Deal dan Peterson (1999) pula, budaya dikaitkan dengan


                   nilai, tradisi, norma, kepercayaan dan segala upacara yang wujud


                   pada waktu dahulu bagi mengatasi masalah serta cabaran yang


                   muncul ketika bekerja.




                   Memetik Banks dan Banks (1993), budaya adalah sistem sosial yang


                   terdiri daripada pelbagai institusi, tradisi, kepercayaan, strata sosial


                   dan matlamat tersendiri bagi pembentukan sesebuah organisasi. Ini


                   jelas menunjukkan bahawa budaya sekolah menjadi elemen penting


                   dalam merealisasikan keberkesanan dalam persekitaran sekolah.









                                                                                                       7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13