Page 12 - 142048
P. 12
ii. Tingkah laku
Guru juga berperanan sebagai suri teladan (role model) kepada pelajar.
Hal ini demikian kerana guru dianggap sebagai pemimpin maka segala
gerak-geri guru menjadi cerminan terhadap bagaimana seseorang
pemimpin itu bertindak. Oleh itu, guru perlu menunjukkan tingkah laku
yang wajar dicontohi walaupun menghadapi situasi yang kurang
menyenangkan. Sebagai contoh, apabila guru melakukan kesalahan
dalam sesuatu perkara dan ditegur oleh pelajar, guru harus mengambil
iktibar daripada teguran tersebut dan tidak mengulangi tingkah laku
tersebut serta elakkan daripada cepat melenting apabila diberi teguran
yang rasional. Budaya menerima pandangan tanpa mengira umur dapat
dijadikan norma baharu di sekolah.
iii. Komunikasi
Kepimpinan guru turut dilihat dari segi interaksi dengan warga-warga
sekolah. Jika komunikasi guru dengan warga sekolah adalah terhad, maka
ia menunjukkan kelemahan kepimpinan individu tersebut. Justeru,
perhubungan guru dengan pihak pentadbir dan staf perlu dijaga namun
komunikasi dengan pelajar harus diberikan penekanan. Hal ini demikian
kerana, jika pelajar menyatakan aduan yang hanya boleh diselesaikan
oleh pihak pentadbir atau staf, guru dapat berkhidmat dalam usaha
menyelesaikan sesuatu masalah itu. Budaya meraikan pelbagai pendapat
ini harus dijadikan kebiasaan dalam merealisasikan keberkesanan
sekolah. 11