Page 16 - 142048
P. 16

Faktor mempengaruhi

                                              budaya sekolah






            Menurut Stolp (1995), budaya sekolah yang positif berkait rapat dengan


            motivasi, produktiviti serta kepuasan guru. Pelbagai kajian juga telah


            menunjukkan bahawa keberkesanan sekolah akan berada pada tahap yang


            rendah apabila budaya sekolah tidak dititikberatkan. Hal ini berpunca



            daripada beberapa faktor. Antaranya ialah:



            i.    Tradisi


                    Setiap individu mempunyai pegangan serta kepercayaan masing-


                    masing. Jadi, usaha untuk mewujudkan sesuatu budaya baharu agak


                    terbatas kerana perlu mengambil kira sensitiviti kepercayaan



                    masing-masing. Maka, amat penting bagi guru dalam memupuk


                    budaya yang meraikan kepelbagaian dalam kalangan pelajar dan


                    dalam pada yang sama, turut menerapkan semangat perpaduan yang


                    utuh. Dengan menerapkan semangat perpaduan ini, pelajar akan


                    saling hormat-menghormati walaupun berbeza kepercayaan. Antara


                    tradisi sekolah yang boleh mendorong ke arah permuafakatan warga



                    sekolah adalah seperti mengadakan aktiviti gotong-royong secara


                    mingguan.






                                                                                                       15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21