Page 14 - 142048
P. 14
v. Disiplin
Segala garis panduan sekolah dirangka bagi menjamin keharmonian
sekolah. Justeru, amat penting bagi guru menunjukkan disiplin yang
baik. Kepimpinan yang baik menekankan tahap disiplin yang tinggi.
Jika guru gagal dalam memimpin dari segi disiplin, budaya pelajar
juga akan turut terkesan. Misalnya, guru yang sering bermain telefon
ketika sesi pengajaran dalam kelas akan menyebabkan fokus pelajar
dalam kelas terganggu. Selain itu, pelajar juga akan terikut akan tabiat
guru tersebut kerana mereka berpendapat jika guru boleh melanggar
peraturan sekolah, maka mereka juga boleh berbuat sedemikian. Oleh
hal yang demikian, guru perlu memastikan tahap disiplin diri berada
pada tahap yang maksima bagi membendung budaya negatif yang
boleh merosakkan disiplin para pelajar.
13