Page 18 - 142048
P. 18

iii.  Visi dan misi


            Setiap organisasi sekolah mempunyai visi dan misi yang spesifik untuk


            dicapai. Namun, sukar untuk mencapai matlamat tersebut tanpa



            penekanan terhadap penambahbaikan budaya sekolah. Sebagai contoh,


            jika sesebuah sekolah ingin menacapai taraf cemerlang dengan hanya


            memberi penekanan terhadap akedemik, visi dan misi yang disasarkan


            sukar untuk dicapai 100%. Hal ini demikian kerana, pemfokusan



            terhadap kurikulum tanpa mengambil kira faktor lain seperti tingkah laku


            pelajar, akan membantutkan perkembangan pelajar. Justeru, guru harus


            menitikberatkan pembudayaan sekolah di samping membantu pelajar


            dari segi akademik.


       iv.   Komunikasi



              Interaksi dalam kalangan warga sekolah membawa impak yang besar


              dalam pembentukan budaya sekolah. Jurang komunikasi yang sangat


              besar antara warga pendidik dengan pelajar serta pentadbiran atasan



              menyebabkan masalah salah faham sering berlaku. Sebagai contoh,


              disebabkan guru dianggap sebagai seorang yang sukar didekati, pelajar


              tidak akan berkongsi pendapat atau masalah. Ini menyebabkan muncul


              tingkah laku yang bersifat benci kepada guru. Bagi merapatkan jurang


              ini, guru harus bersikap lebih terbuka dalam menerima pandangan



              pelajar dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri.


                                                                                                       17
   13   14   15   16   17   18   19   20   21