Page 19 - 142048
P. 19

v.     Persekitaran



                    Prasarana serta persekitaran dalam kawasan sekolah turut berperanan


                    penting dalam pembentukan sesebuah budaya sekolah. Persekitaran


                    yang kondusif dapat memupuk semangat pelajar dalam menuntut



                    ilmu. Sekiranya prasarana sekolah adalah memuaskan, maka sukar


                    untuk pelajar memberikan fokus sepenuhnya dalam kelas. Sebagai


                    contoh, sekolah yang sering mempunyai masalah kerosakan meja


                    kerusi yang tidak dibaiki akan menyebabkan pelajar berasa terganggu


                    dan mendorong kepada peningkatan budaya vandalisme akibat sikap


                    pihak sekolah yang tidak ambil peduli. Ini seiring dengan pendapat



                    Gonder dan Hymes (1994) yang menyatakan impak perbezaan antara


                    budaya sekolah. Organisasi sekolah yang mempunyai budaya positif


                    mempunyai prasarana dan persekitaran yang memenuhi keperluan


                    serta kehendak pelajar manakala sebaliknya berlaku bagi sekolah



                    yang mempunyai masalah pembentukan budaya positif. Maka, guru


                    perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan


                    keyakinan pelajar seperti memastikan fasiliti dalam keadaan yang


                    baik dan menceriakan sekolah dengan beberapa alternatif seperti


                    mengecat bangunan lama. Ini dapat memupuk budaya pelajar untuk


                    sering datang ke sekolah.



                                                                                                       18
   14   15   16   17   18   19   20   21