Page 14 - PowerPoint Presentation
P. 14
1.6 Kepentingan Kajian
Penggunaan plastik pada masa sekarang adalah tidak terkawal dan menyebabkan
pencemaran plastik semakin hari semakin teruk. Dengan kajian ini, diharapkan dapat
mengurangkan permasalahan pencemaran plastik ini dengan mengkitar semula sisa plastik ini
sebagai bahan dalam pembuatan penutup longkang. Selain itu, kajian ini dapat mengurangkan
kos pembinaan yang tinggi kerana permintaan pembinaan rumah di kawasan-kawasan bandar
meningkat dan memerlukan bahan binaan yang banyak. Dengan penggunaan plastik dalam
pembinaan, kos bahan binaan akan menjadi lebih berpatutan kerana menggunakan bahan kitar
semula dalam pembinaan penutup longkang. Akhir sekali, kajian ini secara tidak langsung akan
memajukan teknologi pembinaan dalam bidang kejuruteraan awam.
1.7 Rumusan Bab
Secara keseluruhannya, masalah pencemaran alam seperti pembuangan plastik yang
memberi impak negatif kepada persekitaran dan perubahan iklim mampu diatasi. Merujuk
kepada latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian, sudah
diterangkan bahawa pencemaran alam tersebut mampu diatasi dengan membuat penutup
longkang campuran plastik HDPE untuk kegunaan industri sekali gus menjimatkan kos dan
masa binaan. Beberapa kajian akan dijalankan dengan menggunakan beberapa sampel untuk
membuktikan kebolehgunaan plastik HDPE dalam industri.
9