Page 11 - PowerPoint Presentation
P. 11
1.2 Pernyataan Masalah
Penggunaan plastik dapat menyelesaikan dan memudahkan pelbagai perkara, tetapi
pada waktu yang sama telah mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar. Penggunaan
plastik yang berleluasa telah mengakibatkan kebergantungan yang tinggi sehingga hampir
semua barangan harian perlu menggunakan plastik walaupun dalam kuantiti yang kecil.
Plastik merupakan komponen utama dalam kebanyakan pembuatan bahan seperti botol
air mineral, sikat, paip, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara jenis-
jenis plastik yang dibahagikan mengikut kod Society of the Plastics Industry (SPI). SPI telah
membuat klasifikasi untuk memberi pendedahan kepada pengguna dan seterusnya membantu
pengguna terutamanya ketika melakukan proses kitar semula. Pengetahuan berkenaan jenis-
jenis plastik amat penting supaya pengguna dapat menggunakan plastik dengan bijak tanpa
mencemarkan alam sekitar.
Pencemaran plastik telah menjadi salah satu isu alam sekitar yang paling mendesak
pada masa ini. Peningkatan pengeluaran produk plastik pakai buang yang banyak
menyebabkan pekara ini susah hendak ditangani. Pencemaran plastik yang paling ketara
berlaku adalah di negara-negara yang tidak membangun, di mana sistem pengurusan sampah
yang tidak efisien ataupun tidak ada sistem pengurusan sampah. Tetapi, negara negara maju
juga mempunyai masalah berkaitan sampah plastik ini, di mana kadar kitar semula yang rendah
menyebabkan sampah plastik menjadi lambakan keran tidak dikitar semula. (National
Geographic, 2019)
Selain itu, kegunaan plastik yang meluas menyebabkan kadar pencemaran alam
berkaitan plastik meningkat setiap hari. Sepanjang dekad pertama abad ini, dunia menyaksikan
pengeluaran dan penggunaan plastik yang meluas di setiap negara. Kesudahannya agak tragis
yang mana hampir setiap tahun, berbilion-bilion kilogram sampah plastik ini berakhir di lautan.
Daya tahan plastik sangat tinggi kerana ia mengambil masa beratus tahun untuk mereput atau
mengurai (Prof Dr Ahmad Ismal, Berita Harian, 2019).
6