Page 15 - PowerPoint Presentation
P. 15

BAB 2 KAJIAN LAPANGAN






               2.1  Pengenalan Bab





                       Bab ini akan membincangkan teori langkah-langkah yang menyokong kepada kajian
               penyelidikan. Beberapa literature akan digunakan sebagai asas kepada pembentukan model

               kajian. Bab ini meninjau dengan lebih terperinci penggunaan plastik HDPE. Kajian terdahulu
               tentang kebolehgunaan plastik yang digunakan sebagai bahan binaan. Dalam bab ini, jenis-

               jenis plastik akan diterangkan mengikut kumpulan dan sebab pemilihan plastik HDPE akan

               dinyatakan.  Selain  itu,  kajian-kajian  terdahulu  akan  dinyatakan  sebagai  bahan  untuk
               meneruskan kajian terhadap produk ini.




                       Mortar adalah campuran simen, pasir dan air yang mempunyai nisbah yang berbeza.

               Sebagai bahan pengikat, mortar harus mempunyai kekuatan ketahanan yang tinggi. Mortar

               perlu berada di dalam keadaan kekuatan yang tinggi supaya dapat menahan daya beban yang
               dikenakan terhadapnya supaya mortar tidak hancur atau rosak. (Mulyono, 2003). Mortar dan

               konkrit diperbuat daripada simen dan agregatnya dicampur dengan air. Pembuatan mortar perlu
               mengambil  kira  sifat  kepadatan  mortar  (ketumpatan),  keliangan  dan  kekuatan  mampatan.

               Selain itu, jumlah pendedahan haba terhadap mortar atau konkrit juga perlu diambil kira kerana
               mempunyai kekonduksian berbeza setiap bahan binaan (Daryanto, 1994). Mortar mempunyai

               susut nilai yang agak kecil. Mortar mesti tahan penyerapan dan kekuatan yang tinggi untuk

               menahan daya yang bertindak ke atas mortar. Jika penyerapan air dalam mortar terlalu besar,
               maka  mortar  akan  mengeras  dengan  cepat  dan  hilang  kemampuan  untuk  mengikat  (Dian

               Yunita Simanullang, 2014)














               10
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20