Page 16 - PowerPoint Presentation
P. 16

2.2  Kajian terdahulu




                       Bab ini membentangkan, kajian literatur sebagai panduan dalam menentukan kualiti

               kajian ini. Terdapat penyataan yang dikeluarkan dari penyelidik di seluruh dunia berkaitan

               penggunaan  bahan  plastik  sebagai  bahan  turapan  dalam  kongkrit  dan  mortar.  Kajian
               menggunakan  polietilena  berketumpatan  tinggi  (HDPE)  sebagai  bahan  pengganti  dalam

               pembuatan batu bata. Penggunaan HDPE dalam kajian adalah kerana sifat kitar semula dan
               proses kitar semula plastik HDPE yang tidak mengeluarkan gas yang berbahaya ke atmosfera

               menjadikan  plastik  HDPE  ini  sebagai  pilihan  bahan  penggati  bata.  Penggunaan  HDPE  ini

               membantu  mengurangkan  sisa  pencemaran  plastik  yang  terkumpul  di  tapak  perlupusan
               sampah. (Noorwidawati Ali, 2017). Menurut Xuemiao Li (2019), Plastik dan getah merupakan

               bahan  polimer  sintetik  yang  mengandungi  elemen  asas  yang  sama  dengan  struktur  yang
               berbeza,  maka  kajian  ini  mengkaji  secara  perbandingan  antara  fungsi  dan  impak  diantara

               plastik dan getah yang digunakan sebagai agregat mesra alam. Jenis dan sumber sisa plastik
               dan  getah  dari  segi  saiz  agregat,  kandungan  gentian,  dan  rawatan  yang  dilakukan  boleh

               mempengaruhi  konkrit  atau  mortar.  Secara  umum,  kehadiran  agregat  plastik  ini  boeh

               mengurangkan prestasi konkrit atau mortar manakala penggunaan agregat getah bergantung
               kepada saiz kandungan gantian. Graviti spesifik plastik dan getah yang rendah berbanding

               agregat  semula  jadi  mempunyai  mempunyai  struktur  liang  yang  kecil  tetapi  mempunyai
               ketumpatan matriks dan kekuatan mekanikal yang tinggi.





                       Kajian terdahulu mengenai Sisa Elektronik (E-waste) di India menunjukkan bahawa
               0.4 juta tan E-waste pada tahun boleh meningkat kepada 0.5 hingga 0.6 juta tan menjelang

               tahun 2013, tetapi laporan menunjukkan bahawa India telah mengeluarkan 2 juta tan E-waste

               pada tahun 2013. Objektif kajian adalah untuk menggatikan sebahagian E-waste plastik kepada
               agregat kasar dalam  pembinaan konkrit. Plastik  E-waste ini boleh digunakan menggatikan

               agregat kasar konkrit dengan isipadu 0%, 12%, 17% dan 22%. Semakin bertambah penggunaan
               agregat plastik dalam bancuhan konkrit semakin kekuatan dan berat keseluruhan konkrit (B.

               Ramesh,  S.  Needhidasan,  C.R  Vigneshwar,  2019).  Rajah  2.1  dan  rajah  2.2  menunjukkan
               kekuatan mampatan dan tahap ketegangan konkrit campuran E-waste.








               11
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21