Page 36 - Panduan Pengurusan SKRMM 2020
P. 36
TAKWIM SK.RAJA MUDA MUSA 2020
c. JADUAL WAKTU GERAKERJA KOKURIKULUM:
1. Kegiatan Kokurikulum akan diadakan pada tiap-tiap hari Rabu pada
masa yang ditetapkan dan masa-masa lain seperti yang diprogramkan
oleh Unit Beruniform/ Persatuan/Sukan yang berkenaan sebagai aktiviti
tambahan (sila rujuk pada jadual yang disediakan)
2. Guru mestilah berada 5 minit sebelum masa yang ditetapkan di sekolah
sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Sekiranya guru yang bertugas pada
hari itu tidak dapat hadir, guru berkenaan perlu mencari penggantinya. Commented [u1]: a
3. Bagi minggu A dan C, guru-guru penasihat beserta penyelaras dan
setiausaha kokurikulum perlu berada bersama-sama murid mulai jam
1.00pm untuk makan tengahari dan solat sebelum aktiviti kokurikulum
bermula jam 2.00 pm.
4. Guru penasihat yang bertugas pada setiap kali perjumpaan perlu
mengisi kehadiran dalam buku kehadiran.
d. ALATAN PERMAINAN / SUKAN / BILIK-BILIK PERJUMPAAN
1. Guru-guru yang ditugaskan bagi setiap jenis permainan adalah
bertanggungjawab ke atas semua alatan sukan dan permainan yang
digunakan.
2. Guru yang berkenaan juga bertanggungjawab atas keselamatan alatan
dan memulangkan selepas digunakan pada hari yang sama.
3. Guru-guru penasihat perlu memastikan kelas-kelas atau bilik yang
digunakan untuk perjumpaan dikemas semua selepas digunakan. Pastikan
kelas ditinggalkan bersih dan teratur seperti sedia ada.
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM/PENYELARAS
1. Membantu, merancang dan menyelaras program serta perlaksanaan
aktiviti-aktiviti persatuan/ kelab/ sukan/ unit beruniform dibawah kum-
pulannya.
2. Menyusun jadual aktiviti-aktiviti persatuan/kelab, unit beruniform, dan
sukan permainan supaya aktiviti dapat diselaraskan perlaksanaannya.
3. Mendapatkan laporan-laporan daripada guru-guru yang bertanggung
jawab di bawah kumpulannya dan mengkaji keberkesanannya bagi
penilaian sepanjang tahun.
4. Menyelaraskan penempatan murid Tahun 4, 5, 6 (awal tahun) dan murid
baru ke dalam setiap aktiviti mengikut kumpulannya.
5. Bertanggung jawab terus kepada Penolong Kanan Kokurikulum dari segi
perlaksanaan projek, program, laporan aktiviti, penilaian dan tindakan
susulan bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan.
6. Bertugas sebagai penyelaras di peringkat sekolah sekiranya sekolah
menjadi tuan rumah di peringkat Zon/ Daerah/ Negeri dan memastikan
aktiviti itu dilaksanakan dengan sempurna.
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa
ke semasa.
8. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pelajar me-
masuki unit beruniform/kelab/sukan permainan.
9. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan
dengan baik.
10. Menguruskan buku laporan aktiviti bagi unit beruniform dan menyemak-
nya selepas aktiviti dijalankan.
11. Mengumpul rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rekod
dan rujukan