Page 38 - Panduan Pengurusan SKRMM 2020
P. 38

TAKWIM SK.RAJA MUDA MUSA  2020

               TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU PERSATUAN DAN KELAB
                  1.  Bertanggung jawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan
                    perjalanan Persatuan/ Kelab agar ia teratur dan berfungsi.
                  2.  Guru ketua dan guru pembantu serta ahli jawatankuasa persatuan dan ke-
                    lab  merancang,  menyelaras  dan  melaksanakan  aktiviti-aktiviti  supaya
                    dapat dimanafaatkan kepada ahli.
                  3.  Bertanggung  jawab  sebagai  penggerak  kepada  Kelab/  Persatuan  di
                    bawah jagaannya melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada
                    ahli;
                       -   Melaksanakan projek khas
                       -   Menganjur dan meyertai pertandingan/ peraduan
                       -   Mengadakan kursus-kursus bimbingan yang bersesuaian
                       -   Mengadakan ceramah-ceramah, pameran dan pertunjukan
                       -   Mengadakan lawatan sambil belajar
                  4.  Bagi program  di atas,  setiap Kelab/  Persatuan  diwajibkan  melaksanakan
                    sekurang-kurangnya
                          - satu projek tertentu
                          - satu lawatan sambil belajar
                  5.  Membimbing pegawai persatuan/ kelab AJK dan ahli kelabnya dalam me-
                    mahami peraturan seperti perlembagaan, semasa mesyuarat, majlis-majlis
                    dan sebagainya.
                 6.  Menggalakkan  lagi  kecenderungan  dan  minat  murid  kepada  pelajaran
                    melalui aktiviti persatuan.
                 7.  Menyerahkan perkara-perkara yang berikut kepada PK kokurikulum pada
                    awal persekolahan bermula;
                       -   Perlembagaan Persatuan/ Kelab
                       -   Senarai AJK Kelab/ Persatuan
                       -   Rancangan Tahunan Kelab / Persatuan
                 8.   Membentuk jawatankuasa kelab/persatuan yang dipegang.
                 9.  Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan aktiviti sekolah.
                 10. Memastikan adanya peraturan dan perlembagaan.
                 11. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang tercatat dalam
                    perlembagaan.
                 12. Merancang  aktiviti  tahunan  dengan  kerjasama  pelajar  dan  menye-
                    rahkannya kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
                 13. Memastikan aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan.
                 14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
                 15. Memastikan unsure subversive/ disebarkan dikalangan ahli.
                 16. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada
                    Jawatankuasa Kokurikulum.

               TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU SUKAN DAN PERMAINAN
                  1.  Memajukan dan mempertingkatkan kemahiran dan minat murid-murid da-
                    lam permainan yang dipertanggung jawabkan
                  2.  Membentuk, memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang
                    telah ditetapkan.
                  3.  Berusaha  mendapatkan  khidmat  nasihat  kepakaran  dari  orang
                    perseorangan  yang  berkemahiran  dalam  membantu  melatih  pasukan
                    sekolah.
                  4.  Menganjurkan  perlawanan  latihan  dan  persahabatan  di  antara  sekolah
                    dan pertubuhan yang lain bagi menambah pengalaman kepada pasukan
                    sekolah.
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43