Page 39 - Panduan Pengurusan SKRMM 2020
P. 39
TAKWIM SK.RAJA MUDA MUSA 2020
5. Membuat laporan di atas pertandingan-pertandingan yang disertai oleh
pasukan sekolah diperingkat zon, daeran, negeri, kebangsaan.
6. Memastikan setiap ahli dalam pasukan sekolah memiliki semangat
kesukanan yang tinggi, berdisiplin dan menjaga nama baik sekolah sepan-
jang masa.
7. Menentukan peralatan permainan, gelanggang dan lain-lain keperluan
pasukan sekolah dalam keadaan sempurna dan selamat.
8. Merancang dengan guru-guru rumah mengenai pertandingan dan pera-
turan pertandingan serta syarat-syarat pertandingan sebelum mengada-
kan siri pertandingan antara rumah.
9. Membuat penilaian prestasi terhadap pemain-pemain pasukan sekolah
dan membuat cadangan yang membina bagi membantu pemain tersebut
dalam meningkatkan mutu pelajaran dan permainan.
10. Membantu Penyelaras Kokurikulum kumpulan bagi mengelola dan
melaksanakan sebarang pertandingan di mana sekolah menjadi tuan ru-
mah.
11. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada PK Kokurikulum pada awal
persekolahan bermula:
- Perlembagaan
- Senarai AJK
- Rancangan Tahunan
12. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk pertandingan luar
sekolah
13. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang
disertai.
14. Program Sukan/Permainan/1M1S dilaksanakan pada hari Rabu jam 3.00
hingga 5.00 petang.( Rujuk jadual )/Selasa pagi
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah
2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD/ MSSPK / MSSM
3. Membantu PK Kokurikulum mengagih tugas guru dalam olahraga dan per-
mainan
4. Menetapkan pelajar dalam rumah sukan
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan
6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan
luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod
11. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar/ PK kokurikulum untuk kepent-
ingan sukan sekolah
12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah.
Mengemaskini data Ikeps secara online dalam tempoh yang ditetapkan.
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB KETUA RUMAH SUKAN
1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap
2. Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan dan ahli rumah
sukan