Page 37 - Panduan Pengurusan SKRMM 2020
P. 37
TAKWIM SK.RAJA MUDA MUSA 2020
12. Membuat laporan tahunan tentang aktiviti dan pencapaian kokuriku-
lum sekolah.
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB PEMIMPIN PERGERAKAN UNIT BERUNIFORM
1. Keseluruhannya bertindak sebagai pemimpin pergerakan unit beruniform,
bertanggung jawab terhadap peraturan, dasar, organisasi, latihan dan
kemajuan pergerakan.
2. Bertanggung jawab terus kepada kepada Ibu Pejabat Pergerakan di
peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan zon berhubung dengan pen-
daftaran, keahlian, yuran latihan dan sebagainya.
3. Keahlian - Terbuka kepada semua murid Tahap 2 sahaja. Murid hendaklah
dipilih mengikut kemampuan, kecenderungan dan minat individu terutama
ahli-ahli baru. Satu borang daftar keahlian ahli baru hendaklah diwujudkan
dan disimpan dalam fail persatuan.
4. Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 tidak dibenarkan menukar unit beruniform
pada setiap tahun.
5. Latihan – Rancangan Latihan Tahunan adalah berpandukan kepada skim
latihan yang ditetapkan. Semua rancangan adalah meliputi aspek yang
berikut:
- Program / Latihan mingguan
- Program / Lathan perkhemahan hujung minggu
- Program / Latihan Perkhemahan semasa cuti sekolah
- Latihan Kemahiran dan amali
- Program rekreasi, pelancongan dan lawatan
- Ujian dan penganugerahan Lencana dan sijil
6. Bagi tujuan kesinambungan program latihan yang dirancang, jurulatih luar
boleh diundang bagi memantapkan lagi kemahiran ahli-ahli dalam bi-
dang-bidang tertentu.
7. Unit-unit boleh merancang dan mengadakan program bersama tetapi
perancangan awal hendaklah dimaklumkan supaya perlaksanaannya
dapat memberi manafaat kepada semua ahli yang terlibat.
8. Pemimpin menjadi contoh kepada ahli-ahlinya terutama pemakaian
pakaian seragam yang lengkap semasa menjalankan aktiviti di sekolah
atau di luar sekolah.
9. Pemimpin bertanggung jawab memberikan galakan dan sokongan supaya
ahli-ahli pergerakan dapat menyertai mana-mana program di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan atau di atas jemputan yang berkaitan
dengan pergerakan
10 Membentuk jawatankuasa unit beruniform yang dipegang.
11 Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan aktiviti sekolah.
12 Memastikan adanya peraturan dan perlembagaan.
13 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang tercatat
dalam perlembagaan.
14 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menye-
rahkannya kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
15 Memastikan aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan.
16 Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
17 Memastikan unsure subversive/ disebarkan dikalangan ahli.
18 Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum.