Page 18 - Refleksi Kumpulan 12
P. 18

Nama: Muhammad Akmal Aliff Mazelan

                                                    No Matriks: BLAL21066650
                                  Nama program: Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian



                1 PENGENALAN
                Perkauman merupakan suatu kepercayaan bahawa sekumpulan kaum atau bangsa di kalangan
                manusia  mempunyai  kemampuan  yang  lebih  kuat  serta  hebat  dan  mulia  dari  kaum.  (
                “Perkauman”, 2015) Peristiwa 13 Mei berlaku kerana berlakunya salah faham, syak wasangka
                dan perasaan perkauman antara orang Melayu dan Cina. Hal ini bermula apabila orang-orang
                cina yang meraikan kemenangan mereka semasa pilihan raya 1969 dengan membuat tindakan
                provokasi  kepada  orang  Melayu.  Perkara  ini  ternyata  menaikkan  kemarahan  orang  Melayu.
                Perkara  menjadi  lebih  buruk  ditambah  dengan  cerita-cerita  palsu  mengenai  kekejamaan  dan
                pembunuhan antara satu sama lain yang akhirnya menjadi kenyataan kerana kedua-dua pihak
                gagal mengawal diri masing-masing (“Urutan Kronologi Peristiwa 13 Mei”, 2014)


                2 OBJEKTIF

                    1.  Mengetahui tahap penghayatan dan pengetahuan berkenaan prinsip rukun negara dalam
                       kalangan masyarakat.
                    2.  Memberikan  kesedaran  mengenai  tragedi  13  Mei  1969  serta  impaknya  terhadap
                       masyarakat
                    3.  Mengenal pasti dasar dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam
                       menangani masalah rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969.


                3. ANALISA PENYELIDIKAN

                Data  dikumpul  menggunakan  kaedah  ‘open  and  closed  question’  dan  dijalankan  di  platform
                Google Form dari tarikh 14/11/21 sehingga 16/11/21 iaitu selama 3 hari. Sebanyak 11 soalan
                disediakan dengan pembahagian kepad 3 bahagian iaitu A,B dan C. 3 soalan di bahagian A, 4 di
                bahagian B dan C. Jumlah responden yang menjawab adalah seramai 200 orang dari pelbagai
                jenis  latar  belakang  seperti  jantina,  umur  dan  kaum.  Peristiwa  13  Mei  1969  dipilih
                kerana   peristiwa  seperti  ini  adalah  unik  dan  menarik  untuk  dikaji  secara  mendalam  melaui
                kacamata  pakar  yang  berbeza  seperti  pengamal  undang-undang  dan  tenaga  pendidik.
                Responden pertama ialah Cik Puteri Nur Suraya Binti Zainal Abidin bekerja sebagai   peguam di
                sebuah firma di Pulau Pinang dan responden kedua pula merupakan seorang guru Sejarah di
                SMA Annajah, Baling yang mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran tersebut selama
                12 tahun iaitu Muhammad Suhaizan Bin Suid. Antara soalan yang diajukan kepada Cik Puteri
                ialah limitasi ahli parlimen untuk menyentuh isu sensitif di parlimen mengikut perkara 63 tanpa
                dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Puan Puteri Suraya menerangkan secara
                jelas bahwa perkara 63 di dalam Perlembagaan Persekutuan  memberi kebebasan kepada ahli
                parlimen  untuk  mmenyetuh  isu-isu  sensitif  dengan  syarat  bahawa  isu  yang  dibawa  memang
                dibawah  skop  tugas  mereka  sebagai  ahli  parlimen.  Contohnya  ahli  parlimen  mempersoalkan
                mengapa terdapat agihan bajet belanjawan yang berat sebelah kepada suatu kaum dan isu itu
   13   14   15   16   17   18   19